Loading...

VIRAL Gambar Lelaki Bersama 4 ‘Madu’.. Ini Rupanya Identiti Sebenar Yang Ramai Tak Tahu !!!

| November 8, 2017 | 0 Comments

VIRAL Gambar Lelaki Bersama 4 ‘Madu’.. Ini Rupanya Identiti Sebenar Yang Ramai Tak Tahu !!! | SIAKAP KELL – Beredar di media sosial terutama whatsapp berkenaan satu gambar seorang lelaki bersama dengan 4 orang wanita berpurdah. Dari gaya foto itu diambil seolah mereka adalah bermadu.

Namun sangkaan atau spekulasi tersebut akhirnya terjawab apabila salah seorang dari mereka buka mulut jelas perkara sebenar yang ramai netizen silap faham.

”KAMI bukan madu, kami adik-beradik,” kata Nur Anis Mohd Jais, 30, berhubung gambar seorang lelaki bersama empat wanita yang tular di Facebook Isnin lalu.

Gambar dengan status ‘Manisnyee.. tag rakan lelaki anda yang mampu’ sekali gus memberi gambaran lelaki itu beristeri empat diambil sesuka hati sebelum diletak status sedemikian.

Loading...

Menurut Nur Anis, gambar itu diambil di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4 November lalu sebelum dia 17 sekeluarga berlepas ke Makkah untuk menunaikan umrah.

Katanya, lelaki itu adalah adiknya Noor Azwan Mohd Jais,29, manakala dari kanan, dia, Nur Aliah, 20, Nur Ain, 25 dan Nur Asyikin,19.

“Kami sepakat memakai niqab sebelum terbang menunaikan umrah, disebabkan itu ramai tidak nampak muka kami yang sebenar hingga menyangka kami bermadu,” katanya yang masih di Madinah.

Nur Anis berkata, dia terkejut kerana ada yang menghantar mesej memberitah gambar mereka tular.

“Kami di sini belum ada masa untuk melihat FB, jadi ada rakan yang hantar mesej maklumkan gambar kami dikatakan bermadu, tular. Pelik bagaimana gambar ini boleh tular.

“Bagaimanapun kami tiada apa-apa kerana netizen tidak tahu cerita sebenar,” katanya.

Sementara itu, adik perempuannya yang juga usahawan Pro Slim berkata, Nur Ain berkata, ramai rakan komen di FB bertanyakan hal berkenaan.

“Tiba-tiba tular gambar kami adik beradik. Pelbagai komen netizen di FB hingga ada yang mendoakan kebahagiaan kami hidup bermadu,” katanya.

Kredit : EBerita

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Kisah Rumahtangga

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *