Loading...

Ular Masuk Rumah, Suami Mengamuk Belasah Isteri, Disangka Sbb Ular Tapi Isteri Rupa-Rupanya…

| November 14, 2017 | 0 Comments

Ular Masuk Rumah, Suami Mengamuk Belasah Isteri, Disangka Sbb Ular Tapi Isteri Rupa-Rupanya… | SIAKAP KELL – Hanya kerana berselisih faham mengenai ular masuk ke dalam rumah ditangkap lelaki lain menyebabkan suami tergamak membelasah isterinya di kediaman mereka di Kampung Batu Putih, Karangan, Kulim, Sabtu lalu.

Dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, suspek berusia 30-an tidak berpuas hati selepas mengetahui mangsa, 35, memanggil orang lain untuk menangkap ular yang berada di dalam rumah mereka.

Malah suspek mendakwa mangsa berlaku curang dengannya menyebabkan berlaku pertengkaran, kata Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ahmad Nasir.

Menurutnya, suspek kemudian terus memukul isterinya dengan menarik rambut, menampar serta menendang wanita terbabit.

Loading...

“Akibat kejadian itu, mangsa lebam di badan dan tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Kob untuk tindakan selanjutnya.

“Bertindak atas laporan itu, kami kemudian mengesan suspek sebelum berjaya menahannya yang direman empat hari bermula Ahad lalu hingga esok,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahmad Nasir berkata, kertas siasatan sudah dilengkapkan dan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994,” katanya.

Kredit : EBerita

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Rumah Tangga

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *