Loading...

RIMAS Bayi Tidak Henti Menangis Sepanjang Penerbangan, Kru Kapal Tiba² Ajak Ke Belakang Buat ‘Hal’ Mengejutkan Ini !!!

| November 9, 2017 | 0 Comments

RIMAS Bayi Tidak Henti Menangis Sepanjang Penerbangan, Kru Kapal Tiba² Ajak Ke Belakang Buat ‘Hal’ Mengejutkan Ini !!! | SIAKAP KELL – Mengikut peraturan penerbangan, semua penumpang adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan dan tiada siapa yang terkecuali daripada peraturan itu.

Pernahkah anda mendengar tentang pasangan suami isteri yang diarahkan keluar dari kapal terbang sebelum pesawat itu berlepas kerana anak kecil mereka tidak berhenti menjerit?

Mereka bahkan terpaksa membelanjakan $2,000 (RM 8452.60) untuk menempah penerbangan lain dan membayar kos hotel kerana tidak ada lagi penerbangan untuk hari itu.

Loading...

Mendengar bermacam cerita mengenai mereka yang berpengalaman terbang bersama anak kecil pasti sedikit sebanyak memberi tekanan kepada ibu bapa.

Ibu bapa mana yang tidak risau jika anak mereka meragam sepanjang berada di dalam kapal terbang. Hal itu pasti akan memberi ketidak selesaan kepada penumpang lain, tidak hanya itu mereka juga pasti akan ditegur oleh kru kapal terbang.

Namun begitu, lain pula pengalaman yang dialami oleh seorang wanita yang terbang menggunakan khidmat Southwest Airlines bersama dua anak perempuannya.

Entah mengapa secara tiba-tiba bayinya mula menangis dengan kuat tanpa henti walaupun pelbagai cara dilakukan untuk memujuknya supaya diam.

Seorang kru penerbangan yang melihat akan kejadian itu segera meminta wanita itu ke bahagian belakang pesawat. Kru itu kemudian mengambil sebiji botol dan mula meniup buih-buih sehingga bayi itu kembali tenang.

“Dia juga memberikan tisu dan turut menenangkan wanita itu kerana dia juga sedang menangis ketika itu,” kata seorang penumpang, Carrie Jaboor, dalam sebuah status yang dimuat naik di laman Facebook Love What Matters.

©Facebook | Love What Matters

Status itu kemudian menjadi viral dan menerima komen daripada orang ramai. Tidak ketinggalan ramai juga yang bercerita tentang pengalaman mereka berhadapan dengan situasi seperti itu ketika di dalam pesawat.

“Saya pernah terbang bersama Emirates dari Dubai ke New York dan ada seorang bayi yang menangis ketika itu. Kemudian seorang kru penerbangan lelaki telah melakukan perkara yang sama !!” tulis Abitu.

“Ketika semua orang sedang tidur, saya pergi ke bilik mandi dan mendapati kru tersebut berjalan-jalan dengan bayi di bahagian belakang pesawat tempat di mana mereka biasanya berehat.”

Apa yang dilakukan mereka adalah sesuatu yang wajar dicontohi. Mereka rela menghulurkan bantuan tanpa dipinta dan ikhlas membantu ibu bapa yang sedang berhadapan dengan pelbagai ragam anak kecil.

Tidak semua orang boleh melakukan seperti apa yang dilakukan mereka. Sikap mereka memang wajar dicontohi!

Kredit : Era Baru

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Kisah Masyarakat

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *