Loading...

Pemain Ragbi Terkenal Ini Tak Dibenar Beraksi Dalam ‘Game’ Lepas Melawat Binatang Liar, Rupa-Rupanya Ini Berlaku…

| November 8, 2017 | 0 Comments

Pemain Ragbi Terkenal Ini Tak Dibenar Beraksi Dalam ‘Game’ Lepas Melawat Binatang Liar, Rupa-Rupanya Ini Berlaku… | SIAKAP KELL – Semua orang sedar bahawa setiap perbuatan bahaya yang dilakukan pasti memiliki risiko tersendiri.

Nasib anda mungkin baik jika anda selamat daripada bahaya risiko tersebut. Tetapi bagaimana pula jika anda tidak bernasib baik? Anda seolah-olah memang sengaja menempah maut!

Walaupun risiko yang bakal dihadapi adalah sesuatu yang sangat bahaya tetapi masih ada yang sanggup melakukan aksi-aksi yang merbahaya dan jika tidak ditangani dengan baik ianya boleh membawa maut.

Seperti pemain ragbi antarabangsa Welsh ini, Scott Baldwin dikatakan berada di Afrika Selatan bersama pasukannya, Ospreys yang dijadualkan untuk menentang pasukan Cheetahs pada 29 September.

Loading...

Namun begitu, semasa perlawanan itu dia terpaksa duduk di tepi padang kerana tidak dapat menyertai perlawanan tersebut. Anda tahu mengapa?

Dia sebenarnya mengalamai kecederaan akibat digigit singa ketika sedang membelai-belai kepala haiwan itu di Weltevreden Game Lodge, sebuah rizab hidupan liar tempatan.

Dia telah ke sana bersama dengan beberapa ahli pasukan lain. Mungkin kerana terlalu teruja melihat haiwan liar itu secara dekat dia telah mengusap dan membelai kepada haiwan itu melalui jerigi besi yang memisahkan mereka.

Namun begitu, nasibnya tidak begitu baik apabila dia digigit oleh haiwan pemangsa itu. Dia terkejut dan pantas menarik tangannya daripada terus digigit singa itu.

Walaupun berhasil melepaskan tangannya dia tetap mengalamai kecederaan sehingga dia tidak dapat turun beraksi dalam perlawanan ragbi keesokan harinya.

Lihat video di bawah jika anda cukup berani untuk menyaksikan sendiri bagaimana kejadian itu boleh berlaku!

Sumber : Dailymail via Era Baru

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *