Loading...

Lelaki Ini Melamar Kekasihnya Kat Zoo, Tak Diduga Muncul ‘Tetamu’ Lain Bikin KECOH !!!

| November 16, 2017 | 0 Comments

Lelaki Ini Melamar Kekasihnya Kat Zoo, Tak Diduga Muncul ‘Tetamu’ Lain Bikin KECOH !!! | SIAKAP KELL – Bagi golongan lelaki mereka pasti akan mencuba untuk mewujudkan suasana yang paling manis dan romantis untuk melamar kekasih mereka.

Mana tidaknya momen-momen manis itulah akan menjadi kenangan seumur hidup mereka. Tetapi tidak semua lelaki akan memilih suasana malam, dengan lilin dan cahaya lampu berwarna warni untuk melamar kekasih mereka.

Apabila lelaki ini memutuskan untuk melamar teman wanitanya, dia berfikir bahawa Zoo Cincinnati akan menjadi tempat yang sempurna untuk dia menyatakannya hasrat itu.

Namun begitu, dia tidak sangka bahawa ada ‘seseorang’ yang turut menyaksikan lamaran itu.

Loading...

Nick Kelble dan teman wanitanya, Hayley Roll dikatakan suka pergi ke Zoo Cincinnati dan antara haiwan kegemaran mereka adalah seekor badak air, Fiona.

Fiona mula menarik perhatian ramai apabila dia dilahirkan 6 minggu lebih awal daripada tarikh yang dijangkakan.

Dia dilahirkan dalam keadaan pramatang dengan berat hanya 29 pound (sekitar 13 kg). Dia juga terpaksa menghabiskan masa di atas dada para penjaganya supaya dia dapat belajar bagaimana untuk bernafas ketika dia masih bayi.

Sekarang, dia adalah superstar di zoo dan berjaya menarik perhatian ramai peminatnya …

Tidak hanya itu dia juga menerima surat daripada peminatnya!

Nick dan Hayley juga adalah peminat Fiona dan nampaknya mereka begitu teruja untuk memotretkan foto Fiona dalam gambar pertunangan mereka!

Tidak hairanlah jika Fiona diminati dan disayangi ramai. Dia sesungguhnya seekor badak air yang begitu istimewa. Pasangan ini pula pasti senang untuk menyimpan gambar lamaran mereka dengan kehadiran Fiona untuk dikenang kelak!

Sumber : Era Baru

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Masyarakat

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *