Loading...

Lelaki Ini Dedah Bahaya Duduk Atas Tudung Isteri Yg Dah Siap Gosok, Ini Sebabnya…

| November 16, 2017 | 0 Comments

Lelaki Ini Dedah Bahaya Duduk Atas Tudung Isteri Yg Dah Siap Gosok, Ini Sebabnya… | SIAKAP KELL – Salam semua. saya ada sikit nak pesan je dekat suami-suami korang tu jangan main-main dengan tudung yang isteri dah siap gosok ye.

Aku memang cari nahaslah semalam. Bini tengah ‘iron’ tudung dekat bilik sebelah, aku pulak tak perasan dia bentang tudung atas katil. Sekali aku masuk bilik terus aku lompat atas katil.

Kau, sekali dia menjerit satu rumah boleh dengar disetiap sudut, pelusuk rumah tu. Niat aku nak teman dia iron tudung sambil-sambil nak borak kan.

Niat aku dah baik dah tapi tulah hanya sebab terduduk atas tudung tu. Anak aku yang umur 3 tahun pun kalau tengok mommy dia gosok baju ke tudung ke, awal-awal dah belok jalan lain. Tak mahu dia masuk rapat.

Loading...

Akhirnya aku kena denda sambung iron tudung /shawl dia yang banyak tu, dah lah warna nampak macam sama je.

Selagi aku tak gosok semula tudung-tudung yang dah berkedut tu, memang tajam je pandangan mata bini. Aku rasa anak aku macam gelakkan aku je sebab masa dia minum susu dia tengok-tengok aku sambil tersengih-sengih, Hahahah.

Selalu aku beringat je tapi malam tadi memang nasib lah. Lepas gosok semua tudung tu, baru nampak bini sengih, tu pun sengih biasa-biasa je. Aku pun apa lagi, siap-siap iron terus buat-buat nak tidur la..huhu

Sumber : KRT

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Rumahtangga

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *