Loading...

Kisah Isteri Nak Bersalin, Suami Tgh Memandu Pulang Ditahan Org Kemalangan Minta Tolong, Apa Jadi Akhirnya Sgt SEBAK !!!

| November 12, 2017 | 0 Comments

Kisah Isteri Nak Bersalin, Suami Tgh Memandu Pulang Ditahan Org Kemalangan Minta Tolong, Apa Jadi Akhirnya Sgt SEBAK !!! | SIAKAP KELL – Di satu kawasan pedalaman di East London, Afrika Selatan, tinggal sepasang suami isteri bernama George dan Helen.

George bekerja sebagai petani di kawasan ladang yang terletak di utara pekan East London yang mana beliau akan keluar di awal pagi dan akan pulang pada lewat petang. Helen yang sedang sarat mengandung akan duduk di rumah menguruskan rumahtangga.

Pada hari itu seperti yang telah ditakdirkan, George menaiki Jeepnya ke ladang seperti biasa pada waktu pagi. Ladang itu terletak 50 kilometer dari rumahnya.

George terpaksa memandu melalui jalan yang berliku dan mencabar merentasi jalan berbukit dan kawasan pergunungan yang memenatkan.

Loading...

Kawasan pedalaman ini begitu terpencil sehingga tiada penghuni yang mendiami kawasan tersebut.

TIBA-TIBA TELEFON BERDERING…

Semasa George sedang memandu Jeepnya melalui jalan yang berliku itu ke ladangnya, tiba-tiba telefonnya berdering, “George, tolong pulang segera… perut saya, perut saya sangat sakit, anak kita akan lahir dengan tidak cukup bulan…”

George menjadi panik selepas mendengar suara isterinya yang cemas itu.

Rumah mereka berada di kawasan yang sangat terpencil dan tiada jiran yang tinggal berdekatan. Hospital terdekat terletak jauh di pekan, apa yang perlu dilakukannya sekarang?

Pada kali terakhir mereka melakukan pemeriksaan di hospital, para doktor memberitahu George dan Helen yang kemungkinan bayi mereka akan dilahirkan tidak cukup bulan. Nampaknya ramalan itu menjadi kenyataan.

George berasa bimbang. Jika ibu dan anak ini tidak dihantar segera ke hospital, kedua-duanya akan mengalami komplikasi dan akan membahayakan nyawa mereka.

George berkata kepada isterinya, “Sayang, jangan bimbang. Saya dalam perjalanan pulang sekarang!”. Masa itu sangat berharga.

Isterinya benar-benar mengharapkan dirinya untuk pulang dengan segera dan membawanya ke hospital. Dengan segera George meletakkan telefonnya dan berpatah balik untuk mengambil isterinya dan bergegas ke hospital.

MUNCUL LELAKI MINTA HENTIKAN KERETA…

Tiba-tiba, datang seorang lelaki yang tidak dikenali dan menjerit kepada George dari belakang dan berlari di hadapan keretanya sambil memintanya untuk berhenti.

Lelaki itu yang berusia pertengahan umur itu datang kepada George dan merayu, “Tolong tuan, tolong selamatkan anak saya!”

Lelaki ini bernama Anthony. Kata Anthony, beliau dan keluarganya datang dari kawasan bandar dan memandu ke kawasan tersebut untuk bersiar-siar.

Tetapi malang nasib mereka. Kenderaan Anthony telah mengalami kegagalan brek dan tidak dapat dikawal lalu telah terbabas ke dalam gaung.

Anak lelaki Anthony yang berusia 9 tahun tidak memakai tali pinggang keledar semasa kemalangan itu berlaku dan telah tercampak dari tempat duduknya.

Anthony dan isterinya tidak mengetahui sama ada anak mereka masih hidup atau tidak. Kedua-dua Anthony dan isterinya hanya mengalami cedera ringan.

George menyedari yang hospital di pekan terletak 20 kilometer dari kawasan tersebut. Jika George mengambil isterinya dan berpatah balik, kemudian mengambil Anthony dan anaknya, mungkin nyawa anak ini akan terancam dan semuanya sudah terlambat.

MAHU SELAMAT ISTERI ATAU MANGSA KEMALANGAN…

George berada dalam keadaan dilema sama ada mahu menyelamatkan isterinya yang sedang sakit mahu melahirkan anak mereka atau membawa anak lelaki Anthony yang telah cedara parah.

Jika George menyelamatkan anak Anthony, nyawa isteri dan anaknya akan terancam dan jika George membawa isterinya dahulu, nyawa anak lelaki Anthony berada dalam bahaya kerana mengalami pendarahan yang teruk.

George tidak dapat membuat keputusan dan kemudian Anthony telah merayu di hadapannya.

George berasa terkejut dengan tindakan Anthony yang telah terdesak itu. George mahu memberitahu Anthony yang isterinya juga sedang sakit mahu melahirkan anaknya.

Tetapi kemudian George telah membuat keputusan untuk membawa anak Anthony ke hospital dan menyelamatkan anak yang cedera parah ini dahulu. George meminta Anthony supaya bangun dan bertanya, ” Mana anak lelaki kamu?”

Anthony membawa George naik ke atas bukit tidak jauh dari kawasan di mana mereka berada dan mereka telah melihat ke dalam gaung. Sebuah kenderaan SUV telah menjadi remuk dan anak lelaki Anthony sedang terbaring di atas tanah.

Kedua-dua mereka telah turun ke dalam gaung itu dan apa yang George lihat, budak lelaki ini telah cedera parah dan berlumuran dengan darah.

Wajahnya telah menjadi pucat dan terdapat luka-luka dengan pendarahan yang belum berhenti di badan dan kakinya. Kecederaannya sangat serius.

SUDAH CALL AMBULANS TAPI…

Anthony yang cemas itu memberitahu George, “Saya telah membuat panggilan kecemasan untuk ambulan datang sekarang, tetapi saya rasa apabila ambulans tiba, masa yang diambil adalah dua kali ganda dan anak lelaki saya tidak akan selamat.”

Selepas kemalangan itu, Anthony dan isterinya telah membuat keputusan segera di mana Anthony menunggu ambulans dan isterinya berjalan ke kawasan pergunungan tersebut mencari bantuan dari penduduk kampung berdekatan.

Selepas mendengar penerangan Anthony, George tahu yang keputusan itu tidak berapa bijak kerana laluan ke kawasan kampung berdekatan adalah rumahnya yang satu itu dan tiada jiran atau penduduk kampung yang lain.

Di situ hanya terdapat George seorang bersama keretanya. Kemudian George dengan segera menjerit, “Ayuh, cepat masukkan anak kamu ke dalam kereta saya!”

KEPUTUSAN AKHIRNYA MEMIHAK….

Selepas berfikir dengan tenang, George membuat keputusan yang sangat sukar iaitu beliau perlu menyelamatkan anak lelaki Anthony dahulu. Anthony dengan segera berlari mendapatkan anaknya dan meletaknya ke dalam kereta George dan mereka bergegas ke hospital di pekan.

Semasa sedang memandu, George membuat panggilan telefon kepada isterinya dan terus menghubungi Helen dengan harapan panggilan itu akan diangkat.

Panggilan itu diangkat oleh Helen yang sedang menjerit kesakitan dan George juga merasakan kesakitan itu di dalam hati dan sanubarinya. Helen menjerit. “Di mana kamu?”

George berasa sebak dan memberitahu Helen dengan tenang, “Sayang, saya minta maaf, tolong bertahan sebentar ya…”

10 minit kemudian, George membuat panggilan sekali lagi, dan pada kali ini panggilan itu dijawab oleh Helen dengan nada yang lemah.

George menitiskan air matanya dan secara berterusan berkata kepada isterinya, “Sayang, tolong maafkan saya. Oh Tuhan, tolong lindungi isteri saya.”

Oleh kerana situasi anak lelaki Anthony adalah situasi hidup dan mati, dan anak ini perlu diberikan peluang untuk hidup, George telah mengambil keputusan untuk membawanya dengan segera ke hospital dahulu.

Setiba di hospital, para doktor telah melakukan rawatan kecemasan untuk menyelamatkan nyawa anak ini dan kemudian keadaan anak ini menjadi stabil dan berjaya diselamatkan.

Selepas mendengar laporan doktor, George berasa lega dan tiba-tiba beliau teringat akan keadaan isterinya.

PANGGILAN TIDAK DIJAWAB….

Pada kali ketiga George membuat panggilan di rumahnya, isterinya tidak menjawab. Air mata telah berjujuran di pipi George dan beliau dapat merasakan sesuatu perkara buruk telah terjadi ke atas Helen.

George bergegas keluar dari hospital bagai orang hilang akal bersama Anthony yang mengikutnya dari belakang dan kedua-duanya menaiki kereta George.

Setelah sampai di rumah dan berada di hadapan pintu, tiba-tiba George terdengar tangisan bayi.

George telah berlari dan memasuki rumahnya dan alangkah terkejutnya beliau apabila melihat…

Isterinya, Helen telah selamat bersalin dan terbaring di atas katil dengan badannya telah diselimuti dengan selimut dan tidur dengan aman.

Di sebelah Helen terbaring seorang bayi yang baru dilahirkan dengan rupa yang sangat comel dan gebu. George juga melihat seorang wanita pertengahan umur yang berwajah keletihan sedang mententeramkan tangisan bayinya.

George berasa sangat terkejut dan gembira pada masa yang sama.

Kemudian, tiba-tiba Anthony berjalan ke arah wanita itu dan memeluknya sambil berkata, “Sayang, anak kita telah selamat dan berada di hospital dan kita wajib mengucapkan rasa terima kasih kepada George atas bantuan segeranya.”

ISTERI ANTHONY BANTU ISTERINYA BERSALIN…

Anthony memperkenalkan isterinya, Maria kepada George dan menceritakan kesemuanya, bagaimana George telah membawa anak lelaki mereka ke hospital kepada Maria.

Maria yang bekerja sebagai pakar ginekologi telah melalui laluan ke rumah George dan Helen untuk mendapatkan bantuan kenderaan dan membawa anak lelakinya yang cedera ke hospital.

Kata Maria, apabila beliau sampai di pintu depan rumah tersebut, beliau telah terdengar suara wanita sedang mengerang kesakitan dan membuat keputusan untuk memasuki rumah itu untuk melihat apa yang telah berlaku.

Maria telah melihat Helen sedang mengerang kesakitan di atas lantai. Dan sebagai pakar ginekologi, Maria mengetahui dengan segera yang kedudukan bayi Helen berada dalam keadaan yang tidak betul dan bayi itu akan dilahirkan tidak cukup bulan.

Sekiranya Helen tidak menerima bantuan profesional dari seorang doktor, kedua-dua ibu dan bayi ini akan berada dalam keadaan bahaya.

Maria berkata dengan perasaan bersalah, “Saya minta maaf George. Saya terpaksa membuat keputusan yang sangat sukar kerana saya perlu mencari kenderaan yang boleh memberi bantuan menyelamatkan anak saya, dan akhirnya saya tidak menyesal membuat keputusan untuk menyelamatkan isteri dan anak kamu.”

Air mata George mula mengalir di pipinya sekali lagi dengan menjawab, “Tidak, orang yang patut meminta maaf ialah saya. Pada masa Anthony datang kepada saya untuk mendapatkan bantuan, saya tidak dapat membuat keputusan.”

Dan kemudian, Anthony menambah sambil membuat kesimpulan kata-kata George dan Maria, “Tetapi akhirnya, kita telah melakukan segala yang telah ditakdirkan dengan mengikut kata hati.”

George melihat wajah Helen yang sedang tidur dengan aman di atas katilnya dan kemudian memaling kepada bayinya. Sambil air mata kegembiraan mulai mengalir dari matanya.

Kredit : Era Baru

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Kisah Kemalangan, Kisah Masyarakat

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *