Loading...

Gadis Ini Bongkar SEBAB Lelaki Walaupun Dah Kahwin Masih Curang Yg Isteri Tak Tahu !!!

| November 7, 2017 | 0 Comments

Gadis Ini Bongkar SEBAB Lelaki Walaupun Dah Kahwin Masih Curang Yg Isteri Tak Tahu !!! | SIAKAP KELL –  Hye assalamualaikum.. sila hide profile saya.. saya bukan lah seorg isteri tapi saya ada cerita mengenai rumahtangga. Saya masih bujang tidak pernah berkahwin. Umur lewat 20an. Tetapi sejak kebelakangan ni saya selalu di dekati lelaki-lelaki buaya darat dan juga suami orang.

TERPERANGKAP DALAM CINTA LELAKI

Ada 2,3 kali juga saya terperangkap dengan cinta semua orang. Ye, mesti orang ingat saya memerangkap diri sendiri. Padahal tidak. Lelaki memang terkenal dengan mulut manis dan lidah bercabang.

Ada yang pandai menipu sehingga berbulan-bulan kata dirinya bujang padahal dia sebenarnya sudah berkahwin. Tetapi pelik tiap malam boleh whatsapp saya tanpa henti. Tapi bila terkantoi dengan isteri masing-masing, pandai pusing cerita akhirnya saya dipersalahkan.

Loading...

ALASAN LELAKI UNTUK CURANG

Yes, saya berniat berdiam kerana taknak rosakkan rumah tangga orang. Kadang bila tanya lelaki-lelaki ni kenapa curang? Jawapan mereka sama.. ye, sama.. dekat rumah si isteri sibuk tengok handphone dan buat hal sendiri.

Tiada conversation langsung di rumah. Saya pernah tanya si isteri tak pernah check hp ke? Jawapan nya tak pernah and takkan. Bukan seorang lelaki yang bagitau macam ni.

Tapi 2,3 orang bagi jawapan yang sama. Pilihan saya semestinya bukan suami orang (insyaAllah) tapi saya nasihatkan si isteri kalau dah tetiba kantoi suami curang janganlah serang perempuan tu.

Dan rasa apa yang suami awak cakap tu betul and percaya bermati-matian. walaupun kononnya ada bukti. Dan tak salah pun untuk spot check hp suami. Bukan sebab tak percaya tapi kalau takda apa-apa kenapa tak nak bagi tengok ye tak? 😏 .

Saya kenal ramai lelaki yang dah beristeri tapi try juga nak mengatal belakang isteri tapi depan isteri pijak semut pun macam orang buta.

Jantan tetap jantan kak. Gatal and penipu. So, pada lelaki kalau hangpa rasa hangpa nak mengatal lagi tak payah kahwin. Gatal lah sampai meninggal kalau rasa tak boleh settle down.

Ini, bini pun kerja ada hati nak mengatal lain. Lain lah kalau hang bagi bini hang makan pakai lebih… okay itu sahaja. Wassalam..

Sumber :- KRT

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Kisah Masyarakat

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *