Loading...

Doktor Berkumpul Ada ‘Sesuatu’ Yg Aneh Dalam Badan Budak 9 Tahun, Apa Ditemui MENGEJUTKAN !!!

| November 2, 2017 | 0 Comments

Doktor Berkumpul Ada ‘Sesuatu’ Yg Aneh Dalam Badan Budak 9 Tahun, Apa Ditemui MENGEJUTKAN !!! | SIAKAP KELL – Sesiapa sahaja dari kalangan orang dewasa boleh mendapat penyakit batu karang tetapi amat jarang bagi seorang kanak-kanak mengalaminya.

 

Namun begitu, baru-baru ini seorang kanak-kanak berusia 9 tahun yang bernama Xiao Fang dari Chongqing, China baru sahaja menjalani pembedahan mengeluarkan 9 batu karang dari badannya dan nasibnya baik kerana telah dirawat pada waktu yang tepat.

Menurut Apple Daily, bapa kanak-kanak ini berkata anaknya telah mengadu sakit pada bahagian sisi pinggangnya selama tiga bulan dan bapanya tidak mengambil serius.

Loading...

Fikirnya sakit itu hanya perkara yang normal kerana anak lelakinya sangat aktif dan membesar dengan cepat.

Kredit : Apple Daily

Bapa Xiao Fang akhirnya menyedari sesuatu yang tidak kena apabila simptom itu tidak hilang dan kesihatan anaknya semakin merosot apabila dia semakin kurus dan lesu.

Bapa ini bergegas membawa anaknya ke hospital dan melakukan pemeriksaan imbasan ultra. Doktor berasa amat terkejut apabila mendapati di kedua-dua belah buah pinggang kanak-kanak ini terdapat batu dengan pelbagai saiz.

Situasi akan menjadi buruk apabila doktor memberitahu jika kanak-kanak ini tidak mendapat rawatan segera, buah pinggangnya akan rosak dan gagal berfungsi.

Ini bermakna anak ini akan menjalani rawatan dialisis untuk seumur hidupnya. Sebanyak dua pembedahan telah dijalankan terhadap kanak-kanak malang ini untuk membuangkan kesemua batu karang tersebut.

Kredit : News Today

Terdapat lapan batu karang berukuran 0.6 hingga 2 sentimeter dalam diameter di buah pinggang kiri dan satu lagi di buah pinggang kanan dengan diameter 4 sentimeter. Dan saiz tersebut amat besar.

Akibat dari pembentukan batu karang ini, ia telah menyebabkan buah pinggang membengkak dan mengumpul air kencing menyebabkan saluran kencing tersumbat.

Yang pasti, bapa kanak-kanak ini berasa sangat terkejut dengan penemuan batu karang tersebut dan tidak memahami bagaimana anaknya boleh mendapat penyakit ini.

Doktor mengesyaki batu karang tersebut terbentuk disebabkan oleh susu tepung yang diambil oleh kanak-kanak ini. Menurutnya mungkin susu tepung yang diminum Xiao Fang menyumbang kepada pembentukan batu karang tersebut.

Kredit : AF

Doktor ini menasihatkan ibu bapa supaya memastikan anak-anak diberi diet dan pemakanan yang sihat dan seimbang.

Katanya, kanak-kanak selalu makan daging, makanan bergula dan berkalori tinggi. Ini menjadi penyebab dan risiko kepada tubuh badan terutama apabila kanak-kanak tidak minum air kosong dengan banyak. Minuman ringan dan jus bergula adalah jenis air yang berlainan.

Diharap ibu bapa di luar sana mengambil berat nasihat dan pesanan ini. Pastikan anak-anak meminum air yang banyak dan pemakanan mereka diambil secara sihat.

Segeralah mendapatkan nasihat doktor apabila anak-anak anda mengadu merasa tidak selesa pada badan mereka.

Kredit : Era Baru

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Kesihatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *