Loading...

Anjing Yg Panik Ini Berlari Masuk Ke Dalam Rumah & Tidak Henti Menyalak, Lelaki Ini Segera Ikutinya & Menemui “Mimpi Buruk Ini” !!!

| November 2, 2017 | 0 Comments

Anjing Yg Panik Ini Berlari Masuk Ke Dalam Rumah & Tidak Henti Menyalak, Lelaki Ini Segera Ikutinya & Menemui “Mimpi Buruk Ini” !!! | SIAKAP KELL – Jika bukan kerana haiwan peliharaan keluarga yang menakjubkan ini, anak laki-laki mereka pasti sudah tenggelam.

David Kenney dan keluarganya sedang mengunjungi teman-temannya di desa kecil Nana Glen di New South Wales, Australia.

Namun tiba-tiba anjing terrier Bullish Staffordshire berusia 9 tahun mereka, Leala, berlari ke dalam rumah berdekatan empangan air. Leala nampak panik dan menyalak tanpa henti.

Leala membawa David ke empangan itu dan yang dilihatnya di situ adalah mimpi terburuk setiap ibu bapa. Ada anak laki-laki berusia 2 tahun, terbaring telungkup di air.

Loading...

“Itulah yang tidak ingin saya lihat,” kata David. “Itu adalah campuran ketidakpercayaan, seram, dan kesedihan, itu benar-benar tak tergambar, tetapi kemudian semuanya menjadi kabur.”

Selama setengah jam berikutnya, bersama dengan teman-teman mereka, Jason dan Joshua Cluff tanpa henti melakukan CPR pada Alexander.

Semangat pantang menyerah mereka berbaloi, kerana mereka mampu membuat jantungnya kembali berdetak. Sementara itu, ibu Alexander, Lisa, sedang pulang ke rumah saat melihat ambulans melalui hadapannya.

“Saya tidak berpikir adalah anak saya yang sedang dituju oleh ambulans itu,” katanya.

“Saya tidak berpikir itu ada hubungannya dengan keluarga saya, dan kemudian saya melihat sebuah helikopter di langit dan tempat tinggal saya dipenuhi oleh polis dan ambulans, lalu saya melihat anak laki-laki saya terbaring dengan tidak bergerak sama sekali.”

“Mereka menarik saya ke samping dan menyampaikan berita buruk perihal anak saya, tidak banyak harapan, Anda harus siap untuk kemungkinan terburuk,” tambahnya.

Alexander dibawa dengan helikopter ke Hospital Lady Cilento, di Brisbane, lalu dia ditempatkan dalam ruang untuk merawat orang yang koma.

Doktor mengatakan: Bersiaplah, Anda mungkin tidak mungkin membawa pulang anak ini, dan sekalipun Anda boleh membawanya pulang, dia mungkin akan mengalami kerosakan pada otak.

Namun, sebuah keajaiban benar-benar terjadi, dan dalam dua hari, dia terbangun dan bernafas kembali.

“Saya berpikir bahawa dia menginginkan sebuah ciuman, itu adalah hal pertama yang dia inginkan-dia menginginkan ciuman dari kami,” kata David.

“Sangat ajaib bahawa dia pulih begitu cepat dan begitu sihat dan baik, sama sekali tidak berubah.” Doktor memuji David dan teman-temannya kerana telah menyelamatkan nyawa Alexander.

“Doktor mengatakan bahawa tindakan CPR yang dilakukan terhadap anak itu saat ditarik dari air, telah dilakukan dengan sangat tepat,” katanya.

Tapi di dalam hatinya, David tahu bahawa tanpa ‘pemberitahuan’ cepat dari Leala anjingnya itu, hasil akhirnya akan berbeza.

“Jelas tanpa tindakan cepat dari anjing itu serta kedua teman saya, dia pasti sudah…” kata David sambil menangis.

Sumber : Bomb

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Keselamatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *