Loading...

Abang Long Kahwin Ustazah..Ingatkan BEST Tapi Rupa-Rupanya…

| November 7, 2017 | 0 Comments

Abang Long Kahwin Ustazah..Ingatkan BEST Tapi Rupa-Rupanya… | SIAKAP KELL – Nama aku Mimi. Aku mempunyai 3 adik beradik dan aku anak terakhir, atas aku ada dua orang abang..

Aku nak bercerita panjang pasal abang sulung aku. Dia kahwin awal 2013 . masa tu aku form 5. Well excited la semua orang sebab nak dapat orang baru.

ABANG DAH NAKAL, MALAS PULAK…

 

Sebelum tu aku cerita sikit pasal abang aku. Abang sulung aku nie memang nakal dan boleh dikatakan malas sekolah..

Loading...

Kira ala-ala geng rockers la. (huhuhu.kutuk abang sendiri) tapi ni betul, keluarga aku bukanlah dari family yang senang berbanding sekarang.

Abang aku habiskan sekolah sampai form 5 je. Lepastu lari ke KL nak kerja. Dapat duit 2 ribu terus balik kampung. Sebab masa tu dah rasa macam kaya dapat duit macam tu. Huhuhu. ( yang ni mak aku yang cerita).

Berbalik cerita abang, dia buat modal duit kerja kat KL tu untuk berniaga kat pasar malam, jual baju, beg macam tu  dan Alhamdullilah dari satu tapak meja. Ke 8 tapak meja sekarang perniagaan dia.

2013 . abang aku dah umur 29 tahun. Dan mak aku suruh kahwin. Dia bagitahu satu je. Dia suruh mak aku carikan untuk dia.

DIJODOH DENGAN USTAZAH NI TAPI…

Alhamdullilah abang aku selamat diijabkabulkan. Baru nak masuk park kakak ipar tersayang. , hehehe oh yea. Kak ipar aku masa tu baru umur 20 tahun masa kahwin dengan abang aku beza umur 9 tahun dengan abang aku.

Dia bekas budak sekolah agama. Dan sekarang kerja sebagai guru agama sekolah rendah (ustazah la tu).

Sepanjang perkahwinan mereka 4 Tahun ni kakak ipar aku seorang yang sangat bersbar . Abang aku menetap di rumah dan sekarang dah buat rumah tapi sebelah je dari rumah mak aku.

Dia cakap tanggungjawab dia untuk jaga mak ayah aku sampai tua. Kakak ipar aku sikit pun macam tak ada nak ajak abang aku pindah ke nak merungut ke.

PERANGAI MAK MERTUA YANG SUKA…

Dan korang faham-faham la duduk rumah mertua ni (padahal tu mak aku.huhuhu) ada saja yang tak kena. Sampaikan aku fikirkan mak aku ni dah kenapa kakak ipar aku susun pinggan terbalik pun dia tegur.. huhuhu.

Tapi itu lah lumrah perkahwinan, dan Kakak ipar aku tenang je terima teguran dari mak aku..

Well, aku pun tak tahu dia dalam bilik mungkin menangis, menjerit. Tetapi aku respek sebab dia sangat hormat pada mak aku dan abang aku.

ABANG BERUBAH MENJADI…

Dan part paling aku suka tegok perubahan pada abang aku. Boleh dikatakan tiap-tiap malam selepas magrib kakak ipar aku akan ajar abang aku Al-Quran.

Macam aku cakap tadi abang aku ni masa muda dia banyak main. Sampaikan sekarang dalam masa 4 tahun abang aku boleh hafal Surah Yassin.

Aku ingat lagi, aku dengar dari bilik abang aku tergagap-gagap nak baca surah Ad-Dhuha. Tapi kakak ipar aku dengan tenang betulkan bacaan abang aku.

Sampailah abang aku lancar. Kakak Ipar aku masa mula-mula masuk family aku pun ada kekurangan . Kakak ipar aku bab masak nasi/lauk dia kurang arif sikit.

KAKAK TAK PANDAI MASAK TAPI…

Tapi bab kuih, biskut raya memang kita orang tak kena beli lah. Dia punya dah terbaik. Tapi abang aku pulak pandai masak.

Tengok Allah dah aturkan cantik. Sebab abang aku pun banyak kekurangan,. Kerja pun biasa-biasa. Ilmu agama kurang. Tapi kakak ipar aku boleh terima abang aku seadanya.

POINT SEBENARNYA…

Point Aku nak kongsi kat sini tak semua kakak ipar tak elok perangainya. Dan aku sendiri pun akan jadi menantu orang jugak nanti.

Mungkin orang akan cakap “eleh berapa lama la kakak ipar dia boleh tahan” macam aku cakap tadi dia menangis mungkin aku tak tahu. Tapi cukup la dia hormat abang aku sebagai suami dan hormat mak ayah aku.

Tiba-tiba aku risau pasal abang aku yang kedua ni. Tiap kali raya bawak balik awek ke rumah mesti yang rambut air karat . Hahahaha. – Mimi.

Kredit : IIUM

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Kisah Rumah Tangga

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *