Loading...

2 Jam Buat CPR & 15 Ribu Kali Tekan Dada Pesakit, Disangka Doktor Dah Gila Tapi Rupanya…

| November 16, 2017 | 0 Comments

2 Jam Buat CPR & 15 Ribu Kali Tekan Dada Pesakit, Disangka Doktor Dah Gila Tapi Rupanya… | SIAKAP KELL – Tidak kiralah apa yang anda rasa, sebuah keajaiban atau memang lelaki itu yang bernasib baik apabila seorang doktor di Guangxi, China berjaya menyelamatkannya.

Situasinya yang dikatakan berada di ambang kematian. Menurut Oriental Daily, kejadian itu berlaku di Liuzhou City Hospital pada hari Isnin, 6 November lalu.

Telah dilaporkan bahawa terdapat sebuah kecemasan di hospital itu apabila seorang pesakit yang mengalami kejang-kejang telah dikejarkan ke hospital itu. Dia kemudian mengalami serangan jantung dan memerlukan rawatan dengan segera.

Sumber: China News

Loading...

Para doktor cuba menyelamatkan pesakit yang berumur 22 tahun itu. Mereka kemudian mendapati bahawa pemuda itu tiba-tiba berhenti bernafas dan nadinya berhenti berdenyut.

Kakitangan perubatan walau bagaimanpun cuba menyedarkan semula lelaki itu dan menghidupkannya kembali menggunakan pelbagai kaedah seperti defibrilator, CPR dan memberinya suntikan epinephrine.

Sejurus selepas itu, dia mula bernafas semula secara perlahan-lahan tetapi denyutannya masih tidak stabil dan doktor terus berusaha menyelamatkan lelaki itu.

Selepas sejam cuba menstabilkan keadaan lelaki itu, doktor masih tidak menyerah, mereka masih tetap mahu menyelamatkan pemuda itu.

Untuk tujuan ilustrasi | Sumber: China Daily

Berdasarkan prosedur hospital, jika proses penyelamatan telah dilakukan selama lebih dari 30 minit tanpa tanda-tanda pesakit akan pulih, kakitangan perubatan sebenarnya boleh berhenti berbuat demikian.

Bagaimanapun, Zhou Hong, pengarah jabatan kecemasan bertekad untuk menyelamatkan lelaki muda itu kerana dia telah menganalisis rekod perubatannya dan mendapati bahawa lelaki itu mempunyai peluang untuk hidup.

Dia berkata, “Jangan putus asa!” Dan terus menggalakkan kakitangannya untuk terus melakukan tekanan pada dada pesakit itu.

Akhirnya, selepas kira-kira dua jam melakukan CPR dan kira-kira 15,000 tekanan di dada, kakitangan perubatan berjaya ‘menghidupkan’ pemuda itu daripada ‘kematian’.

Untuk tujuan ilustrasi | Sumber: SCMP

Benarlah tiada usaha yang sia-sia. Berbekalkan harapan dan keyakinan bahawa pemuda itu mempunyai peluang untuk hidup pasukan perubatan hospital itu terus melakukan penyelamatan.

Walaupun keadaan pesakit itu masih lemah, dia mulai stabil dan dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) untuk menerima rawatan lanjut.

Sumber : Era Baru

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Kisah Kesihatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *