Loading...

Pemilik Kereta Porsche ‘Halang’ Kereta BMW Ini Selama Setahun..Anda Pasti Tak Menyangka Ini Puncanya !!!

| October 24, 2017 | 0 Comments

Pemilik Kereta Porsche ‘Halang’ Kereta BMW Ini Selama Setahun..Anda Pasti Tak Menyangka Ini Puncanya !!! | SIAKAP KELL – Pernahkah anda melihat kereta dihalang selama setahun atau pernahkah anda sendiri menghalang kereta orang lain keluar daripada tempat parkir selama lebih daripada setahun?

Tentu tidak bukan. Tetapi inilah yang berlaku sejak setahun yang lalu.

Kelihatan kereta Porsche ini menghalang kereta BMW dan lapisan habuk yang terdapat pada kedua-dua buah kereta itu jelas menunjukkan kenderaan mewah itu sudah lama tidak dialihkan oleh pemiliknya masing-masing.

Daripada gambar ini jelas menunjukkan pemilik kereta Porsche itu seolah-olah sengaja menghalang kereta BMW tersebut.

Loading...

Menurut sumber tempatan, dua buah kereta mewah ini telah ditinggalkan melebih setahun. Malah pemilik kenderaan tersebut dikatakan tidak pernah datang untuk memeriksa kenderaan mereka apatah lagi mengalihkannya.

Taikun-taikun ini membiarkan sahaja kereta mereka terbengkalai di situ dan tidak ada sesiapa pun yang bertanya atau mempersoalkan tentang kereta-kereta tersebut.

Pasti anda juga berasa pelik dengan fenomena ini bukan?

Fenomena ini jelas membuktikan inilah tahap dendam yang tertinggi berlaku antara taikun-taikun.

Ramai orang beranggapan pemilik kereta BMW ini memiliki kereta lain dan disebabkan itulah dia sendiri tidak pernah datang atau dilihat berbincang dengan pemilik kereta Porsche supaya mengalihkan keretanya apatah lagi membuat laporan polis.

Nampaknya mereka sendiri telah mencipta perang dingin dengan meninggalkan kereta masing-masing dan ingin melihat siapa yang akan mengangkat bendera putih terlebih dahulu!

Bonet kereta Porsche itu telah dipenuhi dengan najis burung, daun-daun kering dan lapisan habuk yang tebal.

Walaupun tiada siapa yang tahu apa sebenarnya berlaku antara taikun-taikun ini, tetapi melihatkan kereta yang terbengkalai itu menunjukkan dendam antara mereka akan berlarutan selama beberapa tahun akan datang lagi.

Jika dendam ini berakhir agaknya siapakah pemenang itu?

Pasti anda juga mempunyai pendapat dan pandangan tersendiri bukan?

Namun, apa yang boleh dikatakan ialah, hanya taikun-taikun sahaja yang mampu melakukan dendam seumpama ini.

Kredit : Era Baru

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Kisah Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *