Loading...

PELIK Tong Plastik ‘Order’ Di Amazon Berat & Bau, Bila Dibuka ‘Isinya’ Wanita Ini Panggil Polis !!!

| October 29, 2017 | 0 Comments

PELIK Tong Plastik ‘Order’ Di Amazon Berat & Bau, Bila Dibuka ‘Isinya’ Wanita Ini Panggil Polis !!! | SIAKAP KELL – Berbelanja atas talian telah menjadi trend pengguna yang besar dalam era teknologi maklumat hari ini, dan, semakin banyak orang bergantung pada kemudahannya.

Tetapi untuk pasangan Florida ini, mereka menerima sesuatu yang tidak dipesan berada di dalam tong tersebut.

Seorang wanita dari Orlando yang tidak dinamakan dan tunangnya menjelaskan dalam wawancara dengan WFTV bahawa mereka suka menggunakan Amazon dan berbelanja banyak melalui Amazon.

Tetapi mereka terkejut apabila mereka menemui sesuatu di dalam pakej yang mereka pesan tersebut. Pasangan itu telah memesan beberapa tong penyimpanan yang diperbuat daripada plastik.

Loading...

Mereka tahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena apabila pakej itu tiba.

Kredit: ©Palm Beach Post Video Screenshot

Pertama sekali, ia lebih banyak dan lebih berat daripada tong penyimpanan plastik yang kosong. Kedua, apabila mereka membukanya, terdapat sesuatu di dalamnya dan berbau pelik.

Pasangan itu terkejut apabila mereka melihat di dalam tong itu terdapat 65 paun ganja! Mereka menelefon polis dan melaporkan kejadian itu.

Tetapi mereka juga gugup bahawa produk yang tidak dijangka mungkin mendatangkan bahaya kepada kehidupan mereka.

“Kami masih berasa agak takut rumah kami akan di pecah, dan kami tidak bermalam di sana selama beberapa hari,” kata wanita itu kepada WFTV.

Kredit: ©Palm Beach Post Video Screenshot

Beliau juga menyebut bahawa mereka telah berhubung dengan Amazon, cuba menyelesaikan masalah itu, tetapi peruncit atas talian itu tidak memberi kerjasama dan akhirnya, hanya menawarkan mereka $ 150 kredit.

Kredit: ©Palm Beach Post Video Screenshot

Polis sedang menyiasat insiden itu. Sementara itu, pasangan itu hanya bimbang tentang keselamatan mereka. Walau bagaimanapun, ia sememangnya merupakan cerita luar biasa, dan membuat kita tertanya-tanya. K

ita tidak mengetahui apa yang dihantar oleh orang lain melalui Amazon!

Kredit: ©Palm Beach Post Video Screenshot

Lihat video mengenai kejadian penghantaran dalam talian pasangan ini di bawah:

 

Kredit  : Era Baru

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *