Loading...

Ingat Lagi Penguin Yang Viral Kerana Jatuh Cinta Dgn Watak Animasi? Kini Terjadi ‘Sesuatu’ Yg Menyedihkan !!!

| October 26, 2017 | 0 Comments

Ingat Lagi Penguin Yang Viral Kerana Jatuh Cinta Dgn Watak Animasi? Kini Terjadi ‘Sesuatu’ Yg Menyedihkan !!! | SIAKAP KELL – Seekor burung penguin yang terkenal di seluruh dunia bernama Grape dikhabarkan telah meninggal dunia pada usia 21 tahun di Zoo Tobu.

Punca kematian Grape masih belum diketahui tetapi menurut NewsWalker, ianya mungkin berpunca daripada faktor umur Grape yang dianggarkan bersamaan 80 tahun umur manusia.

Sebelum ini, Grape menjadi sensasi hebat dunia setelah dikatakan jatuh cinta dengan satu keratan gambar watak animasi dikenali sebagai Hululu.

Hululu merupakan watak penguin di dalam siri animasi Jepun iaitu Kemono Friends.

Loading...

Grape dikatakan sering datang ke lokasi di mana Hululu ditempatkan dan akan merenung gambar tersebut buat masa yang agak lama.

Tambah seorang kakitangan zoo tersebut, Grape pernah berpasangan dengan seekor penguin betina bernama Midori selama 10 tahun.

Akan tetapi, setelah pasangan ini dipindahkan ke Zoo Tobu, Midori telah meninggalkannya demi mengejar penguin jantan lain yang lebih muda daripada Grape.

Ekoran peristiwa tersebut, Grape mula memulaukan diri dari kumpulannya dan kelihatan sangat murung. Segalanya mula berubah setelah gambar Hululu diletakkan di kawasan Grape dan penguin itu mula kelihatan seperti jatuh cinta semula.

Menurut pihak kakitangan zoo berkenaan, Grape sangat obses dengan Hululu dan sentiasa berasa di samping kepingan gambar tersebut.

Malah, kakitangan zoo pernah terpaksa memisahkan Grape dan Hululu setelah mereka menyedari Grape mula tidak mahu makan dan hanya mahu merenung Hululu.

Akan tetapi, kira-kira sebulan sebelum pihak zoo mengadakan Festival Grape, penguin ini dikatakan telah jatuh sakit sebelum mati pada tanggal 13 Oktober 2017.

Kematiannya benar-benar menyentuh hati ramai orang termasuk artis yang memainkan suara Hululu iaitu Chikuta Ikuko.

“Ucapan terindah dari hati saya kepada si kecil Grape,” tulis Ikuko dalam akaun Twitternya.

Upacara peringatan telah diadakan di zoo tersebut di mana ramai peminat yang membawa jambangan bunga dan minuman berperisa anggur sebagai dedikasi kepada Grape.

Semoga Grape sentiasa dikenang di dalam hati kita semua.

Kredit : Era Baru

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Kisah Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *