Loading...

Ada Yang Ganjil, Ini Punca Kubur Nur Aliya Syifa Digali Semula !!!

| October 30, 2017 | 4 Comments

Ada Yang Ganjil, Ini Punca Kubur Nur Aliya Syifa Digali Semula !!! | SIAKAP KELL – Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia selepas terkena serpihan batu pengasah di dada kiri ketika bapanya sedang mengasah mata pisau mesin remput di luar rumah, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 5.30 petang Jumaat, mangsa, Nur Aliya Syifa Murad, 5, kemudian dibawa ke Klinik 1Malaysia sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Jenazah mangsa kemudian dikebumikan pada jam 11 pagi Sabtu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Besar.

Bagaimanapun, polis membuka kertas siasatan kes kematian Nur Aliya Syifa, selepas mendapat perintah mahkamah untuk menggali semula kubur kanak-kanak itu bagi proses siasatan.

Loading...

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan kerana kecuaian menyebabkan kematian yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Proses menggali kubur itu akan dilakukan pagi esok (hari ini) dengan dihadiri pakar patologi untuk bedah siasat semula di HSB.

“Selepas siasatan selesai, kita akan serahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurut bapa mangsa, Murad, berumur 40-an berkata, ketika kejadian itu, dia berada di luar rumah dan sedang mengasah mata pisau mesin rumputnya sementara Nur Aliya Syifa pada ketika itu masih berada di dalam rumah.

Ketika sedang mengasah, tiba-tiba batu pengasah itu pecah dan serpihannya terpelanting.

“Pada mulanya ia terkena pada kereta dahulu sebelum terkena dada kiri anak. Saya tidak sedar bila dia berada di luar rumah.

“Dalam keadaan anak yang berlumuran darah dan lemah itu, saya terus mengangkat dan membawanya ke klinik 1Malaysia sebelum dia dihantar ke HSB,” katanya.

Difahamkan, Murad telah memberi keterangannya kepada pihak polis untuk membantu siasatan.

Kredit : EBerita

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Kemalangan

About the Author ()