Loading...

(6 Gambar) Lelaki Bakar Diri, Isteri & Dua Anak Gara-Gara ‘LINTAH’ !!!

| October 25, 2017 | 0 Comments

6 Gambar: Lelaki Bakar Diri, Isteri & Dua Anak Gara-Gara ‘LINTAH’ !!!SIAKAP KELL – Polis India menahan lintah darat hari ini selepas seorang buruh yang dibebani hutang membakar diri dan keluarganya, menyebabkan isteri dan dua anak perempuannya maut.

Lelaki terbabit berada dalam keadaan kritikal dengan kesan kebakaran serius selepas bertindak demikian semalam, di pejabat kerajaan negeri Tamil Nadu di selatan India.

Pegawai daerah Tirunelveli, Sandeep Nanduri, berkata lelaki berkenaan membuat pinjaman 142,000 rupee (RM9,102) awal tahun ini untuk memulakan perniagaan tetapi ditekan untuk membayar lebih banyak faedah.

Buruh itu, cuma dikenali sebagai Esakimuthu, sudah membayar hampir dua kali ganda jumlah pinjaman tetapi lintah darat terus mendesak beliau membayar sebanyak AS$3,000 (RM12,700) lagi.

Loading...

Nanduri berkata, mangsa itu didakwa ditekan pihak polis untuk membayar faedah tambahan, menyebabkan beliau mengalami kemurungan.

“Kami memulakan siasatan berhubung dakwaan polis dan pegawai tidak membantu lelaki itu.

“Seorang pegawai polis dipindahkan dan peranannya disiasat,” kata Nanduri.

Lintah darat itu ditahan atas dakwaan membantu tindakan bunuh diri dan melanggar undang-undang mengenakan faedah terlalu tinggi.

Kredit : EBerita

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Kisah Tragis

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *