Loading...

Saksikan Perkembangan Terbaru Dr Amalina Yg Bakal Menjadi Seorang … !!! MENGEJUTKAN !!!

| September 21, 2017 | 0 Comments

Saksikan Perkembangan Terbaru Dr Amalina Yg Bakal Menjadi Seorang … MENGEJUTKAN !!!| Siakapkell –  Pelajar cemerlang yang mendapat keputusan SPM 17A1 pada SPM 2004, Nur Amalina Che Bakri kini tampil dengan penampilan & pencapaian baru. Dia bakal menjadi seorang pakar bedah Payudara & Oncoplastic tidak lama lagi !!!

PENCAPAIAN 17A1 SPM 2004
Akhir-akhir ini, sekali lagi timeline Facebook rakyat Malaysia telah dibanjiri dengan berita Nur Amalina Che Bakri, wanita genius Malaysia yang mendapat 17 1As untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004. Masihkah anda semua ingat dia? Gadis jelita kelahiran Kelantan itu memegang rekod pencapaian paling banyak 1A dalam SPM sehingga 2007, apabila rekod tersebut dipecahkan oleh Azali Idris yang mendapat 20 1A pada 2007.

DAPAT TAJAAN BANK NEGARA
Bank Negara Malaysia tidak mengambil masa untuk mendekati pelajar berusia 17 tahun itu untuk membantu menaja pendidikannya di bidang perubatan di United Kingdom. Dari Oktober 2015 hingga sekarang, Amalina kini berkhidmat di Royal College of Surgeons of England sebagai pelatih pembedahan. Beliau bercita-cita menjadi seorang pakar bedah Payudara dan Oncoplastic, tidak lama lagi.

Dr Amalina Bakri, kini berusia 30 tahun, adalah lulusan dari University of Cambridge dan telah mendapat banyak pengalaman di Cambridge University Hospitals NHS Foundation Trust dari tahun 2013 hingga 2015. Kejayaan dan pencapaiannya merupakan satu kebanggaan buat seluruh rakyat Malaysia.

PENCAPAIAN TERBAIK DR AMALINA
Antara pencapaian terbaik beliau ialah:
– MPhil / PhD, Translational Medicine and Therapeutics (University of Cambridge) 2017
– Master of Philosophy (MPhil), Medical Clinical Sciences / Graduate Medical Studies (University of Cambridge) 2015
– Harvard Sub-Internship Program, Gynecology Oncology and Surgical Oncology (Harvard Medical School) 2013
– Medicine (MBChB) – MD (The University of Edinburgh) 2013
– BMedSc Pharmacology (Hons) with Industrial Experience (The University of Edinburgh) 2010
– BMedSc Pharmacology (Hons) (Universiteit Leiden / Leiden University) 2010

AKTIF DALAM BADAN AMAL
Selain berkomitmen dengan tugasnya, Dr Amalina juga sangat aktif melibatkan diri dalam badan amal dan telah menjadi sukarelawan yang berkhidmat sebagai doktor perubatan di Hospital Daerah Meru, Tanzania selama 3 bulan. Beliau juga telah menjadi sukarelawan sebagai guru bahasa Inggeris di Tanzania dan Zanzibar pada tahun 2010. Semoga terus maju jaya dan membantu lebih ramai orang, Dr. Amalina!

Sumber: Made In Uitm

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Kisah Dunia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *