Kisah Wanita Cuba Selamatkan “Kasim Selamat” Yg Akhirnya…Sampai Hati Perlakukan Haiwan Sampai Begitu..

| September 9, 2017 | 0 Comments

Kisah Wanita Cuba Selamatkan “Kasim Selamat” Yg Akhirnya…Sampai Hati Perlakukan Haiwan Sampai Begitu..| Hasrat seorang wanita yang bernama Suria Yahaya, 25, ingin menyelamatkan seekor kucing yang telah dicungkil mata oleh manusia yang tidak mempunyai balas kasihan tidak kesampaian kerana kucing tersebut telah mati sebelum sempat menerima rawatan.

Sekadar Gambar Hiasan: Google Images

AWAL PENEMUAN “KASEM SELAMAT”

‘Kasem Selamat’ nama gelaran kucing yang dia temui di Medan Selera Taman Putra Perdana, Puchong, berada dalam keadaan sangat lemah. “Saya jumpa Kasem Selamat di tandas lelaki dengan bantuan seorang rakan Facebook yang memaklumkan tentang keadaan kucing itu yang buta. Saya namakannya Kasem Selamat sebab ‘dia’ mengiau walaupun pertama kali saya memanggilnya dengan nama itu.

“Bila lihat keadaan Kasem, saya tergamam, saya terfikir orang gila mana yang sanggup cungkil biji matanya, rasa macam nak cari orang tu dan korek mata dia macam mana dia buat pada Kasem,” katanya kepada mStar Online. Beliau mula berfikir adakah manusia yang mencungkil mata kucing ini tidak mempunyai hati dan perasaan sehingga sanggup berbuat demikian? Atas sebab itu, dia ingin ‘membalas dendam’ kepada orang yang melakukan perbuatan kejam terhadap haiwan kesayangan ramai itu.

“KASEM SELAMAT” MENDAPAT PERHATIAN NETIZEN

Setelah Surita memuat naik gambar tentang kekejaman manusia ke atas Kasem, ramai diantara rakan-rakannya di Facebook yang juga adalah pencinta kucing turut sama ingin membalas dendam sama sepertinya. Hal ini dapat dilihat melalui komen-komen yang ditulis oleh rakan-rakan Facebooknya dan mendapat perhatian netizen.

Surita menceritakan keadaan kasem dengan lebih lanjut, bahawa dia dapat melihat dengan jelas kesan cungkilan pada mata kucing malang tersebut menggunakan benda tajam. Selain itu, bahagian leher kasem juga mempunyai kesan lebam dan bengkak. “Saya cuci darah di matanya dan hingusnya yang dah pekat. Saya agak Kasim Selamat sudah menahan sakit selama dua tiga hari. “Malam itu selepas dimandikan, Kasem hanya mahu minum beberapa titis air dan akhirnya tidur di pangkuan saya,” katanya.

HAYAT “KASEM SELAMAT” TIDAK PANJANG AKIBAT DISEKSA

Beliau berasa amat terkilan apabila Kasem yang dibawanya ke klinik haiwan mati ketika doctor mahu memasukkan air ke dalam badannya sebaik sahaja melihat haiwan itu kritikal. “Misi saya untuk selamatkan Kasem gagal. Doktor kata Kasem mungkin mati disebabkan jangkitan sudah sampai ke otak atau dehidrasi, memang saya salahkan orang yang mencungkil matanya itu,” katanya dalam nada kesal.

Menurut Surita, Kasem iaitu kucing yang ditemuinya itu merupakan kes paling teruk sepanjang dia mengutip kucing-kucing terbiar di jalanan untuk dirawat dan diselamatkan. Beliau turut menjelaskan dia banyak menyelamatkan kucing jalanan yang sakit, tempang atau anak kucing yang tidak mempunyai ibu. Dia juga percaya perbuatan kejam ini dilakukan oleh warga asing.

“Peniaga di medan selera beritahu dua, tiga hari sebelum saya bertemu Kasem mereka nampak sekumpulan warga asing mengambilnya jadi saya anggap mereka suspek utama. “Naluri saya kuat menyatakan ia perbuatan mereka sebab ada warga asing pernah beritahu ibu saya daging kucing sedap, matanya mereka makan sebagai ‘ubat’,” katanya. Segala aktiviti-aktiviti mencari, mengutip dan menjaga kucing-kucing terbiar dilakukan sebagai kerja amal kerana dia terlalu sayangkan haiwan, khususnya kucing.Kerja mencari hampir setiap malam selepas mengajar kelas tambahan secara sambilan, katanya.

NASIHAT KEPADA ORANG RAMAI

Beliau kini mempunyai 15 ekor kucing jalanan yang telah dipulihkan berserta dua kucing peliharaannya sendiri. “Saya ni takut anjing, tapi kalau suatu hari saya nampak anjing perlukan bantuan saya rasa saya sanggup tolong. “Sebab itu saya marah sangat dengan orang yang dera haiwan, lebih-lebih lagi yang cungkil mata Kasem, kenapa perlu siksa macam tu tak dibunuh terus,” katanya.

Surita turut menasihatkan orang ramai terutamanya pencinta kucing supaya bersikap adil terhadap haiwan itu dengan menyayanginya tanpa melihat baka atau fizikalnya. Ini kerana, kucing jalanan dan kucing tempatan juga berhak mendapat perlindungan dan jagaan sama rata seperti mana kucing-kucing import atau kucing lain yang sempurna fizikalnya.

Sumber: Terengganu Times

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Kisah Dunia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *