Loading...

Isteri Luah Kesan Akibat Abaikan Solat Dalam Hidup..Kehidupan berubah jadi…MENGEJUTKAN !!!

| September 22, 2017 | 0 Comments

Isteri Luah Kesan Akibat Abaikan Solat Dalam Hidup..Kehidupan berubah jadi…MENGEJUTKAN !!! | Siakapkell – Salam. Harini aku terdetik rasa nak kongsi pahit dalam kemanisan perkahwinan aku. Sedih sangat malam ni, tak tau nak luah kat sapa. Sebelum kahwin aku tak pernah putus duit, dengan basic 2200 dan bujang aku boleh dikategorikan mampu . Ditakdirkan aku kahwin dgn suami pilihan hati, suami aku kerja singapore gaji 4000++ sebulan. 2000 setiap 2 minggu, so memang terlebih cukup lah untuk aku & suami .

Gambar Sekadar Hiasan: Google Images

DULU KEHIDUPAN SENANG

Aku ada bela 13 ekor kucing, dari sebelum kahwin and kos makan kucing sebulan 350 . Semuanya aku tanggung bersih. Aku belum ada rezeki zuriat, usia perkahwinan pun baru jejak 2 tahun. Untung yang kawan dengan aku, bila takde duit halo-halo je. Tapi takde lah sampai aku mampu pinjamkan beribu, limit pun 300 je aku mampu itu pun tengok keadaan si peminjam. Itu yg aku kesal sampai sekarang. Bila aku susah, sorang pun tak pandang aku.

Loading...

ZAMAN KEJATUHAN
Zaman kejatuhan bermula bila aku terpaksa berhenti kerja sebab berpindah masuk rumah sewa sendiri, kawasan kampung ceruk-ceruk sikit . Mertua rekomenkan, aku ikut je . Mil aku baik sangat, dia suruh kitorang pindah keluar dari rumah dia sebab nak bagi berdikari. Kat kawasan rumah aku tu takde tempat dekat nak kerja, ada pun jauh-jauh and laki aku tak benarkan aku bawak motor *takde lesen* . So aku jadi penganggur je kat rumah jaga kucing. Setiap bulan laki aku bagi 2500 untuk settle semua bil belanja dapur kucing semua. 4000 macam cukup tapi sempit. Bayar motor aku je dah 350 + motor suami 460.

Kami takde kereta sebab aku tak suka naik kereta, alhamdulillah jimat kat situ 😂 Aku punya mabuk naik kereta mengalahkan orang mengandung punya morning sickness. Silap aku dan suami, kami tak solat. Sepanjang kahwin tak pernah solat bersama. Sampailah sikit demi sikit Allah tarik nikmat 4000 tu . Setiap bulan mesti tak cukup padahal aku dah cuba berjimat. Tapi tetap tak cukup. Alhamdulillah aku dapat suami yang soft spoken dan tenang. So takde melenting or gaduh-gaduh bila cakap pasal duit. Dugaan datang lagi bila tempat kerja laki aku buang staff lelaki sebab nak pakai perempuan je. Laki aku terus resign, and cari kerja lain. Cari kerja kat singapore bukan sehari dua malah ada yang makan masa berbulan untuk dipanggil interview. Bila dah berhenti, kami tak boleh nak tanggung kos sewa rumah bulanan 1000 . Dalam kesempitan berjimat tu, Allah temukan rumah sewa 450 sebulan dengan deposit 500 je. Bertambah ceruk kawasan ni ada 4-5 ketul rumah je. Pindah lah kami ke situ.

MUHASABAH DIRI
Dalam tak kerja duit pun susut,aku buat keputusan tolong mak aku niaga dengan upah rm20 sehari. Setiap pagi laki aku hantar. Aku boleh je carik kerja memandangkan laki aku tak kerja, boleh hantar-ambik aku balik kerja tapi memikirkan mak aku, tak sampai hati . Mak aku 50-an dan berat 120kg macam tu, so boleh bayangkan tak terbatasnya pergerakan dia? Hmm… Sekarang dah sebulan aku dok sini dan suami ulang alik jb-sg cari kerja. Dan dalam menangis fikirkan kenapa kami jadi macam ni, aku cakap; “mungkin awak tak pernah imamkan saya dan tuhan tarik nikmat kita selama ni”

START SOLAT BERJEMAAH
Sian laki aku nangis 😭 Esoknya kami nekad start solat jemaah sama-sama. Jaga hubungan dengan Allah, Allah akan permudahkan jalan hidup kita. Aku pegang ayat tu kemas dalam hati. Tiap kali lepas solat aku nangis cium tangan dia, dan dia peluk aku. Aku sedih, aku tau laki aku sedaya upaya cari rezeki untuk kami. Aku halalkan & redhakan setiap bulan nafkah yang dia tak bagi masa takde kerja ni. Masa aku taip ni dalam wallet aku ada rm8 je, itupun untuk beli makanan kucing esoknya 😔 wallet laki aku pulak ada rm3 . Sedih aku, tapi alhamdulillah Allah buka jalan. Tadi laki aku balik interview kat singapore, katanya bulan depan boleh start kerja dgn gaji $1500 sebulan.
Sujud syukur laki aku balik tadi, sedih aku tengok airmata dia. Selama berbulan kami berbagi duit dengan kucing, kadang-kadang sehari suntuk kami tak makan, barang dapur licin, teguk air je sebab takut takde duit untuk kucing esoknya. 20 sehari tolong mak aku cukup untuk kucing dan minyak ulang alik .

Kucing aku sebelum ni makan premium kibble, sekarang hanya 2 tin whiskas + 2 bungkus nasi untuk 13 ekor . Setiap hari makanan yg sama, sekali sehari . Aku sedih fikirkan kucing aku, bila dorang meow aku tau dorang lapar tapi aku tak mampu. Terkadang aku menangis sendiri depan sangkar kucing, sedih tengok dorang lapar. Susah sekalipun aku takkan buang kucing aku. Main point aku dalam cerita ni, aku kesal aku tak bersyukur pada pemberi rezeki. Aku terlalu mendongak langit sampai aku lupa tanah tu wujud. Bila jatuh tersungkur, baru aku tahu betapa besarnya nilai rm20 yang aku belanjakan sesuka hati dulu.

Sekarang aku tengah struggle korek duit untuk bayar sewa rumah rm450, doakan aku semoga dipermudahkan segala urusan dan jumpa duit celah gobok or bawah tikar. Aku harap bila aku dah kembali senang, aku takkan lupa Allah tu wujud & aku percaya ada lagi ujian tough di masa depan, dan tetapkan hati kami istiqamah menjaga solat supaya Allah aturkan kisah aku seindah Rasulullah & Aisyah.

Sumber: KRT

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , ,

Category: Kisah Dunia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *