“Air Naik Sgt Laju Yang LUAR BIASA Sehinggakan…” Mangsa Banjir Nibong Tebal Penang.

| September 10, 2017 | 0 Comments

“Air Naik Sangat Laju Yang LUAR BIASA Sehinggakan…” Mangsa Banjir Nibong Tebal Penang.| Siakapkell – Kejadian banjir kilat yang melanda Nibong Tebal Pulau Pinang telah mengakibatkan air naik secara mengejut mendadak  & membuatkan penduduk tidak sempat menyelamatkan barang-barang mereka. Mereka hanya mampu bersyukur sempat menyelamatkan diri kerana kedalaman air dianggarkan 2 meter.

MANGSA TERKEJUT AIR NAIK CEPAT SANGAT
NIBONG TEBAL: Mangsa terlibat banjir di Nibong Tebal yang ditemui di Pusat Pemindahan Banjir Jawi di sini berkata, kejadian banjir berlaku terlalu pantas dan tidak diduga. Menurut mereka, air mula naik sekitar kira- kira jam 8 malam menyebabkan mereka tidak sempat menyelamatkan barang.

Mohd Nor Rejab, 71, berkata, ketika kejadian dia terkandas bersama anak menantu serta cucu dan terpaksa meminta bantuan Bomba selepas air naik setinggi dua meter. “Pada mulanya tidak lebat sangat, waktu tu lepas waktu Maghrib. Cucu beritahu air naik. Saya keluar dan betul air naik secara mengejut. Tengok air penuh. Tidak sempat hendak ambil apa-apa. Doa sahajalah, sebelum air naik dan kami terkandas. Banjir sedalam dua meter,” katanya.

BARU SELESAI KENDURI KAHWIN
Seorang lagi mangsa, Suriani Hassan berkata dia sekeluarga baru selesai mengadakan majlis kenduri kahwin dan sedang mengemas rumah ketika banjir melanda kawasan kampungnya. Walaupun tidak sempat menyelamatkan barang dan kenderaan, dia bersyukur kerana mereka sekeluarga selamat keluar dari kawasan banjir.

“Masa kejadian sekitar 7.30 malam, baru selesai kenduri kahwin, ban pecah dan tengok air laju. Kami cepat berkemas. Ambil hanya barangan keperluan sahaja,” katanya. Mereka antara 71 penduduk dari beberapa buah kampung di Nibong Tebal dan Sungai Bakap yang diselamatkan selepas kediaman mereka ditenggelami banjir.

DITEMPATKAN DI PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA SEHELAI SEPINGGANG
Kesemua yang dipindahkan terdiri daripada 50 orang dewasa dan 21 kanak- kanak ditempatkan sementara di Pusat Pemindahan Banjir di Dewan Serbaguna Jawi. Antara kampung yang terjejas ialah Kampung Sungai Baung, Kampung Lima, Taman Sg Duri Permai, Taman Sg Duri Indah,Kampung Sethu, Kampung Titi Hitam, Kampung Pengkalan, Kampung Masjid Baru, Kampung Permatang Ara dan Kampung Pulau.

VIDEO 71 PENDUDUK DIPINDAHKAN KERANA AIR NAIK TERLALU LAJU

Sumber: Astro Awani

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Kisah Dunia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *