Loading...

Semalam Sultan Johor CABAR Skuad Polo Negara. Hari Ini Kelihatan YB KJ Telah Datang… MENGEJUTKAN!!!

| August 25, 2017 | 0 Comments

Semalam Sultan Johor CABAR Skuad Polo Negara. Hari Ini Kelihatan YB KJ Telah Datang… MENGEJUTKAN!!!| TIDAK sampai 24 jam Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencabar skuad polo negara berlawan dengan pasukan baginda sendiri, nampaknya ia disambut Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menteri Belia dan Sukan itu malahan dilaporkan sanggup menghadap Sultan Johor selain bertemu anakandanya, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim di istana semayam baginda di Johor Bahru hari ini.

Loading...

Perkara tersebut turut disiarkan TMJ sendiri menerusi akaun rasmi Johor Southern Tigers kira-kira pukul 7.12 petang Jumaat yang memaparkan 10 gambar eksklusif pertemuan Khairy yang mesra disapa sebagai KJ itu. Dengan tajuk ‘HM Sultan Of Johor And HRH Crown Prince Of Johor Grant Audience To YB Khairy Jamaluddin,‘ status itu nyata menarik minat netizen apabila baru sejam sahaja sudah menerima hampir 10,000 tanda suka.

Status berkenaan dengan kapsyen ‘Hidup Johor Demi Johor‘ turut dikongsi lebih 700 kali dan hampir 1,000 komen daripada pengguna media sosial dalam tempoh sama yang nyata teruja dengan sesi pertemuan tidak diduga itu.

Bagaimanapun TMJ tidak mendedahkan bilakah pertemuan tersebut berlangsung dan di manakah ia diadakan, sekali gus mencetuskan persoalan adakah mereka berbincang mengenai isu perlawanan sukan polo atau topik lain. Semalam, Sultan Ibrahim menerusi akaun Johor Southern Tigers menzahirkan tidak berpuas hati dengan aksi luar biasa pasukan kebangsaan dalam Sukan SEA ke-29 kali ini dan mencabar mereka bertarung melawan skuad Johor.

Baginda dengan tajuk ‘Kalau Anak Jantan, Lawan Pasukan Johor‘ itu mendakwa pihak lawan terpaksa ‘berlakon’ dan mengalah kepada skuad kebangsaan yang disertai KJ sehingga menyebabkan kualiti perlawanan boleh diragui.

Namun, status TMJ kali ini tidak melaporkan apakah hasil daripada pertemuan itu tetapi ia mungkin sesuatu yang agak besar dan tentunya pula bakal diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.

Sumber – Mynewshub

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Kisah Dunia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *