Loading...

Jemaah Haji Malaysia Meninggal Di Madinah. Isteri Cerita Arwah Pernah Bergurau Tentang Ajal..MENGEJUTKAN!!!

| August 12, 2017 | 0 Comments

Jemaah Haji Malaysia Meninggal Di Madinah. Isteri Cerita Arwah Pernah Bergurau Tentang Ajal..MENGEJUTKAN!!!| Makkah – “Saya berharap dapat terus melaksanakan ibadat yang sepatutnya biarpun sekarang terpaksa melakukannya bersendirian dengan hanya ditemani ustazah.

Gambar Ilustrasi: Google Images

“Sebelum ini, apa saja yang dilakukan pasti bersama arwah, termasuk ketika kami beriktikaf di masjid ketika menunaikan umrah dulu,” kata Fatimah Zaharah Ghazalli, 53, balu kepada jemaah haji pertama yang meninggal dunia di Tanah Suci, Sabtu minggu lalu.

Suami Fatimah Zaharah, Mohd Ghazali Ab Rahim, 53, dari Taman Pengkalan Harapan, Ipoh, Perak, meninggal dunia di Hospital King Fahd, Madinah, jam 7.25 malam waktu tempatan akibat serangan jangkitan kuman dalam paru-paru yang kuat (septic shock secondary to severe pneumonia).

Loading...

Menurutnya, pemergian arwah begitu mengejutkan biarpun sebelum ini, dia dan arwah sama-sama pernah berseloroh mengatakan mahu meninggal dunia di Tanah Suci. Katanya, selepas arwah tiada, hampir setiap hari anak-anak ada menghubunginya bagi memberikan sokongan dan semangat.

“Insya-Allah, saya dan anak-anak tabah dengan ujian ini, malah anak-anak sentiasa meminta saya supaya bertenang dan tidak terlalu memikirkan mengenai ayah mereka dan meneruskan ibadat seperti biasa,” katanya ketika ditemui di maktab penginapannya di Hotel Azhar Al Safa, di sini, semalam.

Menurutnya, dia kini semakin kuat untuk menerima hakikat dan cuba menenangkan diri, cuma ada masa-masa tertentu sering teringatkan arwah suami dan kenangan lama. “Maklumlah, baru pada Disember yang lalu, kami anak-beranak ada melakukan umrah bersama. “Mungkin ada yang Allah nak tunjukkan yang lebih baik kepada saya,” katanya.

Katanya, dia cuma terkilan kerana tidak berpeluang untuk bersama-sama dengan arwah ketika dia menghembuskan nafas terakhir. “Sebaik arwah dibawa ke hospital (Hospital King Fahd), doktor memaklumkan keadaannya begitu kritikal sedangkan saya pula dihantar pulang ke hotel penginapan.

“Ketika itulah, arwah disahkan meninggal dunia. “Sebelum itu, ketika dibawa ke pusat rawatan di hotel penginapan, arwah masih boleh bersembang, tetapi sebaik tiba, dia mula mengalami sesak nafas lalu terus dirujuk ke hospital,” katanya.

Sementara itu, Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) Siti Fauziah Dolah Hamdani berkata, wanita yang kematian suami dan dalam iddah seperti Fatimah Zaharah perlu mematuhi beberapa larangan yang ditetapkan hukum syarak. Katanya, antaranya termasuk larangan berhias, memakai barangan perhiasan serta membeli-belah dan berseronok, malah juga tidak dibenarkan untuk melakukan umrah sunat lagi selepas ini.

Bagaimanapun, menurutnya, Fatimah Zaharah masih boleh beribadat di Masjidilharam tetapi perlu ditemani selain melaksanakan ibadat hajinya nanti.

Sumber: Suara TV

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Kisah Dunia, Kisah Masyarakat

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *