Loading...

Curiga Lelaki Berdiri Terlalu Rapat. Apabila Rampas Telefonnya, Isinya Sangat MENGEJUTKAN !!!

| August 6, 2017 | 0 Comments

Curiga Lelaki Berdiri Terlalu Rapat. Apabila Rampas Telefonnya, Isinya Sangat MENGEJUTKAN !!!| Semakin hari keselamatan kaum wanita amat dibimbangkan kerana ada saja kes rogol atau cabul berlaku. Terbaru, kejadian yang berlaku di Mid Valley ini amat merisaukan kerana lelaki miang sanggup bertindak keji dengan mengambil video bawah kain seorang gadis.

Gambar Bulatan Sekadar Hiasan: Google Images

Menurut laporan dari World of Buzz, kejadian tersebut berlaku pada 4 Ogos lalu dimana gadis tersebut memuat naik kisah pengalamannya itu di laman Facebook. Gadis tersebut menulis kejadian yang menimpa dirinya berlaku di tingkat 2 Mid Valley Megamall. Dia menyedari seorang lelaki mencurigakan berdiri terlalu rapat dengannya. Rakan gadis itu bertindak merampas telefon bimbit lelaki berkenaan dan apa yang mereka dapati dalam telefon berkenaan amat memeranjatkan mereka.

Loading...

“Saya rampas telefon lelaki berkenaan dan mendapati banyak video bawah kain dan saya bukanlah mangsa yang pertama kerana terdapat banyak video bawah kain di dalam telefon lelaki berkenaan. Tolong berhati-hati dengan lelaki ini!”. Menerusi perkongsian video tersebut, lelaki tersebut dilihat memakai pakaian pejabat dan berpenampilan kemas. Mangsa sempat menasihati kaum wanita yang lain supaya lebih berhati-hati dan memakai seluar untuk mengelak kejadian seperti ini berlaku.

Lelaki tersebut cuba meminta maaf di atas tindakannya itu namun gadis tersebut bersama rakannya tetap membawanya ke balai polis ke Mid Valley untuk tindakan selanjutnya. Saksikan video tersebut di bawah.

VIDEO LELAKI  KANTOI DI MID VALLEY

Sumber: Kaki Share

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Jenayah

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *