Akibat Diejek Lemah Tenaga Batin Oleh Teman Wanita Sendiri, Seorang Lelaki Nekad Utk..MENGEJUTKAN !!!

| August 25, 2017 | 0 Comments

Akibat Diejek Lemah Tenaga Batin Oleh Teman Wanita Sendiri, Seorang Lelaki Nekad Utk..MENGEJUTKAN !!!| Thailand – Seorang wanita ditemui maut dengan kesan kelar di leher dipercayai telah disembelih oleh teman lelakinya sendiri. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah ladang getah akibat daripada ketidak puasan hati teman lelakinya itu yang dikecam oleh mangsa.

Sekadar Gambar Hiasan: Google Images

Teman lelakinya yang juga merupakan warga Thailand dikenali sebagai Natthan Raknui, 23 tahun telah mengelar leher mangsa Jiraporn Theppaya yang merupakan kekasih yang dikenalinya melalui laman media sosial facebook. Suspek telah membunuh mangsa dipercayai adalah kerana bermotifkan ketidak puasan hati dengan kata-kata mangsa yang seakan menghina suspek dengan mengatakan bahawa suspek tidak pandai melakukan hubungan intim atau mati pucuk.

Hasil siasatan pihak polis mendapati suspek hanya baru beberapa bulan mengenali mangsa menerusi media sosial facebook serta hanya menjalinkan hubungan cinta jarak jauh sebelum bertemu buat kali pertama pada pertengahan bulan Ogos. Suspek yang dikatakan tidak memiliki duit bagi menyewa sebuah bilik hotel kemudiannya telah membawa mangsa dengan menaiki motor milik mangsa ke ladang getah tempat penemuan mayat mangsa bagi tujuan melakukan hubungan intim.

Walau bagaimanapun ketika mahu mengadakan hubungan intim, mangsa dengan tidak semena-mena telah mengejek suspek kerana kelemahannya menyebabkan suspek yang berang telah bertindak mengelar leher mangsa sehingga maut. Suspek kemudiannya telah melarikan diri bersama dengan motor milik mangsa yang kemudiannya suspek telah menjual motor berkenaan dengan hanya harga RM900.

Mayat mangsa hanya ditemui empat hari kemudian selepas pihak polis telah menerima aduan daripada orang ramai yang menjumpai mayat mangsa di ladang getah tersebut dengan kesan kelaran di leher. Bagaimanapun kematian mangsa yang dikatakan misteri berjaya terungkai selepas pihak polis yang melakukan siasatan telah meneliti semula rekod perbualan serta video rakaman litar tertutup pasangan kekasih berkenaan.

Sumber: Wartawan Jalanan

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Kisah Tragis

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *