Loading...

T.Nhaveen, Mangsa Buli & Liw@t Sekumpulan Lelaki Di Penang Meninggal Dunia Hari Ini. PM Najib Akan Ambil Tindakan Tegas !!!

| June 15, 2017 | 0 Comments

T.Nhaveen, Mangsa Buli & Liw@t Sekumpulan Lelaki Di Penang Meninggal Dunia Hari Ini. PM Najib Akan Ambil Tindakan Tegas !!!| GEORGE TOWN: Remaja lelaki, T. Nhaveen, mangsa buli dan pukul oleh sekumpulan lelaki di Jalan Kaki Bukit, Gelugor, Sabtu lalu meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang, hari ini. Nhaveen, 18, yang berada dalam keadaan mati otak dan hanya dibantu alat pernafasan menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 5.30 petang.

Berita kematian Nhaveen disahkan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar dalam satu kenyataan lewat petang tadi.Setakat ini ,keluarga mangsa masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung kematiannya. Dalam kejadian pada Sabtu, mangsa serta seorang lagi rakannya, T.Previin, 19, dilapor dipukul oleh sekumpulan lelaki dengan menggunakan topi keledar serta ditumbuk dan ditendang hingga parah.

Selain mengalami kecederaan parah sehingga disahkan mati otak, Nhaveen turut mengalami kecederaan di bahagian dubur manakala Pareviin mengalami kecederaan di bahagian muka. Ketika kejadian, kedua-dua mangsa dikatakan keluar untuk membeli burger berdekatan kawasan rumah, sebelum didatangi sekumpulan lelaki yang memukul mereka menggunakan topi keledar.

Ekoran kejadian itu,polis telah menahan lima suspek berusia 16 hingga 18 tahun untuk membantu siasatan dan mereka mengakui memukul mangsa dalam kejadian terbabit. Selepas enam hari berada di Unit Rawatan Rapi, Nhaveen meninggal dunia di sisi ahli keluarga.

Loading...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keadilan dan tindakan tegas akan diambil berikutan kematian T. Nhaveen, 18, yang dipukul dengan ganas dalam serangan oleh sekumpulan lelaki di Jalan Kaki Bukit, Georgetown Sabtu lepas.

Remaja itu meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pada 6 petang hari ini. Menyatakan rasa sedihnya atas kematian T.Nhaveen, Najib mengucapkan takziah kepada keluarganya. “Sedih mendapat berita kematian T.Nhaveen. Takziah kepada keluarganya. Keadilan dan tindakan tegas akan diambil terhadap penyerangnya,” kata beliau dalam catatan di Twitter.

Dalam kejadian itu yang berlaku pada 2.10 pagi, mangsa dan seorang lain, masing-masing berusia 18 dan 19 tahun, sedang membeli burger bila mereka ternampak dua lelaki yang mereka kenali dan mereka mula ejek-mengejek, sebelum enam suspek lain tiba.

Dua mangsa itu dipercayai telah dipukul dengan helmet, serta ditumbuk dan ditendang oleh kumpulan itu sebelum mangsa berusia 19 tahun sempat melarikan diri dan memberitahu bapa saudaranya mengenai kejadian itu.

Sumber: Astro Awani

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Kisah Keselamatan, Kisah Masyarakat

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *