Loading...

Setiap Minggu Aku & Rakan Akan Ke Danok, Thailand Utk “ENJOY”. Apa yang jadi lepas tu SGT MENGEJUTKAN !!!

| June 16, 2017 | 0 Comments

Setiap Minggu Aku & Rakan Akan Ke Danok, Thailand Utk “ENJOY”. Apa yang jadi lepas tu SGT MENGEJUTKAN !!!| Aku dikenali sebagai Boy. Aku hidup dalam keluarga yang boleh dikatakan senang. Aku membesar dengan cara barat & tidak diberikan pendedahan agama oleh ibubapa aku kerana mereka kedua-duanya bisnesman yang sangat sibuk dengan perniagaan masing-masing.

Pada awalnya aku merasa sedih kerana banyak masa aku hanya bersama Mek (bibik). Tapi lama kelamaan aku menjadi biasa & mula menjadi seronok kerana aku boleh buat apa sahaja yang aku suka tanpa ada pengawasan ibubapa. Seawal usia 17 tahun, aku mula menjadi liar. Aku mempunyai ramai kawan yang berlatar belakangkan gengster, kongsi gelap, bapak ayam, pengedar dadah.

Namun aku masih tidak terjebak dengan dadah kerana aku tak mahu rosakkan diri aku. Walaupun begitu aku tewas dengan godaan wanita. Aku sememangnya kaki perempuan sejak dari sekolah menengah lagi. Pada usia aku 17 tahun, aku telah mula berjinak-jinak untuk masuk ke Pekan Danok Thailand untuk berhibur. Pada awalnya aku hanya suka-suka ikut member.

Namun lama kelamaan aku telah menjadi ketagih untuk terus berseronok disana. Boleh katakan setiap minggu aku akan pergi menghabiskan 3 hari 2 malam disana untuk melanggan GRO & berhibur. Sudah berapa banyak pel@acur sudah aku langgan pun aku tak ingat. Memang indah dunia ku. Duit aku habis begitu sahaja aku laburkan hanya untuk keseronokan.

Loading...

Titik permulaan “turning point” dalam hidup aku ialah apabila seorang dari kawan aku telah dijangkiti penyakit kelamin siflis. Penyakitnya menjadi semakin parah & akhirnya dia meninggal. Dia merupakan kawan baik aku yang sememangnya satu kepala dengan aku. Arwah baik orangnya cuma nakal macam aku. Aku tersentak dengan kematiannya & mula meragui tahap kesihatanku sendiri. Memang sejak akhir-akhir ni aku kerap demam & lambat baik. Akhirnya aku memberanikan diri untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Rasa bagai gelap dunia ni apabila benda paling aku takut telah terjadi Doktor mengesahkan aku telah mendapat HIV positif ! Aku benar2 hilang arah tujuan. Kini tahap kesihatanku semakin teruk & kerap kali keluar masuk hospital. Aku karang cerita ni untuk korang jadikan contoh supaya tak jadi macam aku. Sejak itu aku dah berhenti pergi berhibur & hari2 tidak henti aku meminta taubat dari Allah SWT. Betapa ruginya masa muda aku hanya dipenuhi oleh dosa-dosa. Semoga kisah aku ni boleh dijadikan iktibar. Aku mintak doakan keajaiban berlaku supaya aku diberikan semula kesihatan oleh Allah SWT. Assalamualaikum.

Sumber: Karya MMSS

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Kisah Masyarakat

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *