Loading...

Remaja Mandi Sungai Di Slim River. Datang Kepala Air, Rakan2 Cuba Sedaya Upaya Tarik Mangsa Guna Pelepah Kelapa, Namun Akhirnya… Al-Fatihah.

| May 12, 2017 | 0 Comments

Remaja Mandi Sungai Di Slim River. Datang Kepala Air, Rakan2 Cuba Sedaya Upaya Tarik Mangsa Guna Pelepah Kelapa, Namun Akhirnya… Al-Fatihah| Sejak semalam tersebar sebuah video yang menunjukkan rakaman seorang lelaki yang cuba diselamatkan oleh rakan-rakannya dan orang awam selepas dia dilihat terperangkap dalam kepala air di Sungai Kampung Bil dekat Slim River. Rakaman berkenaan menunjukkan mangsa Aidil Akasah Mohd Yusof, 23, cuba diselamatkan dengan rakannya membaling pemegang seperti pelepah pokok kelapsa yang telah dibuang daun untuk dia berpaut dan diselamatkan.

Selepas berjaya memegang pelepah berkenaan, dia cuba terjun ke depan, namun kerana arus yang kuat akhirnya pautannya terlepas dan dibawa arus. Memetik laporan Harian Metro, mangsa telah dijumpai kira-kira 200 meter daripada lokasi kejadian namun sudah meninggal dunia. Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, ketika kejadian mangsa telah pergi ke kawasan berkenaan untuk berkelah sebelum tiba-tiba arus sungai naik mendadak dan menghayutkan mangsa.

“Tiga rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri ketika kejadian itu bagaimanapun mangsa gagal ditemui sehingga operasi mencari dan menyelamt dijalankan.”Mangsa ditemui pasukan keselamatan pada 8.55 malam kira-kira 200 meter dari lokasi dilaporkan hanyut,” katanya, hari ini.Beliau berkata, mangsa disahkan mati di tempat kejadian oleh sepasukan petugas perubatan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk tindakan lanjut.

Menurut jurucakap pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak, merka terpaksa menggunakan tali untuk menaikkan mayat mangsa ke tebing sungai sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Loading...

Sumber – Harian Metro & Siakapkeli

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Kisah Masyarakat

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *