Loading...

Pemain Bola Sepak Import Berbisa Selangor, Forkey Doe Telah Di Tahan Polis Pagi Ni Sebab Jenayah… PANAS !!!

| May 5, 2017 | 0 Comments

Pemain Bola Sepak Import Berbisa Selangor, Forkey Doe Telah Di Tahan Polis Pagi Ni Sebab Jenayah… PANAS !!!| KUALA LUMPUR, 5 Mei ― Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) melahirkan rasa terkejut dengan berita penahanan penyerang utama pasukan itu, Francis Forkey Doe yang berasal dari Liberia. Forkey Doe telah ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) awal pagi tadi berhubung kes penggunaan kenderaan klon di Bandar Puteri Puchong, Selangor.

FAS melalui satu kenyataan hari ini menjelaskan mereka tidak mengetahui sebarang masalah mengenai kereta berkenaan yang dibeli sendiri oleh pemain tersebut. “Kereta berkenaan juga bukanlah kereta yang dibekalkan oleh pihak FAS,” kata Setiausaha Agung FAS Rosman Mohd Ibrahim dalam kenyataan itu.

Berhubung status Forkey Doe sebagai pemain pasukan Liga Super Selangor, tindakan susulan akan diambil bergantung kepada hasil siasatan PDRM mengenai kes terbabit. “FAS ingin menegaskan bahawa tiada individu sama ada pemain tempatan mahu pun import yang boleh mengatasi undang-undang di negara ini serta semua harus mematuhinya.

Justeru, FAS akan terus memantau perkembangan terkini daripada PDRM mengenai status penahanan Forkey Doe dan sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa,” katanya. ― Bernama via TheMalayMailOnline

Loading...
Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Kisah Sukan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *