Hanya Kerana Menangkap Ikan, Seorang Lelaki Terpaksa Makan Menggunakan Tiub Selama 10 Hari. Apa Yang Dialaminya Sungguh PELIK !!!

| May 16, 2017 | 0 Comments

Hanya Kerana Menangkap Ikan, Seorang Lelaki Cedera & Terpaksa Makan Menggunakan Tiub Selama 10 Hari. Apa Yang Dialaminya Sungguh PELIK !!!| New Delhi: Seorang lelaki melalui pengalaman ngeri apabila seekor ikan hidup tersangkut di dalam kerongkongnya ketika dia berenang di sebuah kolam di kampungnya. Santosh Ku Dash, 30, dari kampung Potadhia di Balasore sedang menangkap ikan itu menggunakan tangannya ketika berenang bersama rakannya.

Kerana teruja, dia membuka mulut untuk menjerit memanggil rakannya namun tanpa disangka ikan itu melompat terus ke dalam tekaknya, menyebabkannya tercekik. Akibatnya, Dash tidak dapat bernafas selain kesakitan dan dikejarkan ke hospital. Doktor cuba mengeluarkan ikan itu tetapi gagal dan menghantarnya ke hospital lain.

Dr Sanjeev Gupta yang merawatnya berkata, hasil pemeriksaan mendapati luka teruk di dalam kerongkong Dash manakala ekor ikan itu dapat dilihat dengan jelas. “Kami memberikannya bius dan mengeluarkan ikan itu menggunakan penyepit,” katanya. Menurutnya, Dash terpaksa makan menggunakan tiub selama 10 hari sebelum dibenarkan pulang.

Sumber: HarianMetro

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Kisah Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *