Loading...

Bekas Juara Cup Prix, Norizman Ismail Terlibat Kemalangan DI Sesi Ujian Masa Kejuaraan Cup Prix Petang Tadi & Telah… Al-Fatihah.

| May 5, 2017 | 0 Comments

Bekas Juara Cup Prix, Norizman Ismail Terlibat Kemalangan DI Sesi Ujian Masa Kejuaraan Cup Prix Petang Tadi & Telah… Al-Fatihah.| KEMAMAN – Pelumba Yamaha ONEXOX TKKR Racing, Norizman Ismail maut selepas terlibat dalam kemalangan semasa sesi ujian masa CP150 pada pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix Persatuan Automobil Malaysia (AAM) Malaysia Petronas di Bandar Baru Kijal, di sini, petang tadi.

Norizman, 32, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.50 petang ketika sedang menerima rawatan kecemasan di Hospital Kemaman. AAM dalam satu kenyataan rasminya berkata, pelumba yang berasal dari Selangor berkenaan terjatuh semasa melalui selekoh satu litar perlumbaan terbabit kira-kira jam 3.52 petang.

Katanya, berikutan insiden itu marshal dan paramedik segera memberikan rawatan dan bendera merah turut dikibarkan sebagai tanda sesi latihan ditamatkan. “Norizman kemudiannya segera dibawa menaiki ambulans ke unit trauma (di litar itu) untuk menerima rawatan segera sebelum dikejarkan ke Hospital Kemaman dengan mesin sokongan hayat (life support machine) sambil dipantau pasukan perubatan penuh pada jam 4.12 petang.

“Pihak hospital berusaha menyelamatkannya, namun Norizman disahkan meninggal dunia pada jam 4.50 petang,” katanya. Norizman memulakan karier di Cub Prix pada 2004 dan bergelar juara kelas perdana sebanyak dua kali pada tahun 2005 dan 2011. Selepas mengadakan perbincangan bersama pasukan-pasukan dan pelumba-pelumba, Cub Prix memutuskan untuk membatalkan perlumbaan yang dijadualkan berlangsung esok sebagai tanda memberi penghormatan kepada Allahyarham Norizman.

Loading...

Kata kenyataan itu, AAM dan seluruh komuniti Cub Prix berdukacita atas insiden itu dan memanjangkan ucapan takziah kepada keluarga, rakan-rakan dan pasukan Norizman.-SinarHarian

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: ,

Category: Kisah Negara, Kisah Sukan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *