Loading...

[VIDEO] Lelaki Seronok Luncur Laju Main Gelongsor Air Di Taman Tema. Tiba-Tiba… ADUH !!!

| April 22, 2017 | 0 Comments

[VIDEO] Lelaki Seronok Luncur Laju Main Gelongsor Air Di Taman Tema. Tiba-Tiba… ADUH !!!| Menurut sebuah portal antarbangsa, insiden yang menimpa Salmon terjadi di sebuah gelongsor air milik kawannya yang dibina dipinggir bukit di Austin, Texas, Amerika Syarikat. Satu rakaman video amatur berdurasi 22 saat itu memaparkan Salmon yang hanya berseluar pendek hitam meluncur menuruni gelongsor itu.

Pada permulaan aksinya, dia mampu mengawal keadaan, bagaimanapun, setibanya di selekoh yang kedua, dia telah hilang keseimbangan badannya dan tercampak ke lereng bukit yang dipenuhi dengan batu-batu.Akibat daripada kejadian itu, Salmon mengalami patah tangan dan beberapa tulang rusuknya retak serta luka di bahagian belakangnya. Dia segera dihantar ke hospital berdekatan.

Menurut Salmon kepada saluran Fox 4 News:Â “Saya telah mencubanya beberapa kali dan ia memang laju. “Tetapi kali ini, saya tidak dapat mengawal kelajuan itu menyebabkan saya tercampak ke lereng bukit,” katanya. Rakaman yang mendebarkan itu telah ditonton melebihi 2.5 juta dan dikongsi hampir 2 ribu kali. – MYNEWSHUB.CC

Loading...
Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , ,

Category: Kisah Masyarakat

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *