Loading...

Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2017. LIN DAN Terkejut Dengan RESPON Penyokong Malaysia Yang… !!!

| April 6, 2017 | 0 Comments

Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2017. LIN DAN Terkejut Dengan RESPON Penyokong Malaysia Yang… !!! Tiada siapa dapat menyangkal aura yang wujud dalam diri pemenang dua kali pingat emas Sukan Olimpik ini, yang menidakkan impian Datuk Lee Chong Wei untuk menggapai gelaran yang sama.

Justeru, Lin Dan dianggap satu watak antagonis oleh sebahagian peminat tempatan. Namun, keadaannya berbeza pada kali ini apabila kebanyakan mereka di Stadium Perpaduan Petra Jaya, Kuching memberikan sokongan penuh buat Lin Dan. Dalam pusingan pertama semalam, Lin Dan bertemu dengan pemain India, B. Sai Praneeth.

Aksi awal permainan, Lin Dan tampak teragak-agak sehingga tewas mengejut 18-21, namun dalam dua set berikutnya, dia membuktikan berada di kelas tersendiri untuk mencatat kemenangan 21-19, 21-18. “Ini kali pertama saya lihat peminat tempatan bersorak untuk saya di Malaysia.

“Sudah pasti saya berasa gembira, sudah bertahun-tahun saya dan Chong Wei bersaing di peringkat antarabangsa, kami bekerja keras sehingga mendapat tempat di hati peminat, jadi saya berasa sungguh gembira berada di Malaysia kali ini,” katanya.

Loading...

Tahun lalu, Lin Dan terpaksa berputih mata apabila tersingkir di peringkat suku akhir di tangan pemain Denmark, Jan O Jorgensen. Bagaimanapun kali ini, ramai pihak mengidam untuk menyaksikan pertembungan epik di antara Lin Dan dan jaguh tempatan, Chong Wei, dalam final.

“Persaingan dalam Terbuka Malaysia kali ini begitu sengit dan saya turut berasakannya, “Perlawanan pertama saya ketika menentang pemain India itu (Sai Praneeth) tidak mudah, dia juga pemain yang bagus. “Kalau tidak silap, dia pernah menewaskan Chong Wei dalam (pusingan pertama) Seluruh England tahun lalu.”

Sumber: StadiumAstro

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , ,

Category: Kisah Sukan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *