Loading...

“Cikgu Disiplin Janji Nak Pulangkan Seluar Tapi Cikgu Lain Suruh Saya Pulang Dengan Sarung” PANAS !!!

| April 29, 2017 | 0 Comments

“Cikgu Disiplin Janji Nak Pulangkan Seluar Tapi Cikgu Lain Suruh Saya Pulang Dengan Sarung” PANAS !!!| Rawang : Seorang pelajar Tingkatan 2 di sebuah sekolah menengah di Bukit Beruntung membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati selepas dikenakan hukuman memakai kain pelikat di sekolah sepanjang sesi petang persekolahan.

Malah, seluar sekolah yang diletakkan di dalam loker guru disiplin juga didakwa tidak dipulangkan sehingga memaksa pelajar tersebut pulang dengan berkain pelikat. Kejadian itu berlaku Selasa lalu berpunca dari kesalahan pelajar terbabit memakai seluar sekolah ketat sebelum diminta untuk melonggarkan semula jahitan yang sudah diubah suai sendiri.

Laporan polis dibuat pelajar terbabit jam 7.15 petang di Balai Polis Bukit Sentosa pada hari yang sama. Menurut pelajar itu, dia masuk ke sekolah jam 1 tengah hari dengan berpakaian lengkap, namun selepas perhimpunan dia dipanggil oleh guru disiplin berhubung kesalahan seluar ketat.

“Guru disiplin panggil saya suruh potong seluar sekolah bagi habis dan diberikan kain sarung. “Cikgu beritahu akan berikan semula seluar sekolah bila mahu tamat waktu (persekolahan) tapi cikgu disiplin sudah balik bersama kunci (loker) dan seorang lagi cikgu suruh saya pulang dengan kain sarung,” katanya.

Loading...

Sumber: HarianMetro

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Kisah Masyarakat

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *