Loading...

Budak Lelaki 6 Tahun Maut Selepas Tertinggal Dalam Van Sekolah Gara-Gara Pemandu Van Yang… !!!Alfatihah.

| April 23, 2017 | 0 Comments

Budak Lelaki 6 Tahun Maut Selepas Tertinggal Dalam Van Sekolah Gara-Gara Pemandu Van Yang… !!!Alfatihah| Gombak: Budak lelaki berusia enam tahun ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia selepas sembilan jam tertinggal dalam van di Bandar Country Homes, Rawang, Gombak, Jumaat lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Mohd Marzuki Mohd Mokhtar berkata, mangsa, Muhammad Iqram Danish menaiki van berkenaan bersama tiga kanak-kanak lain ke tadika di Jalan Desa, Bandar Country Homes, Rawang, di sini, kira-kira 8 pagi.

“Pemandu van berkenaan berusia 21 tahun dikatakan tidak menyedari kanak-kanak itu yang tidur masih berada di dalam van berkenaan dan hanya menyedari perkara itu kira-kira 5 petang ketika mahu menjemput mereka balik dari tadika berkenaan. “Ketika ditemui, kanak-kanak itu tidak sedarkan diri dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh oleh pemandu van berkenaan. Namun, ketika menerima rawatan, dia disahkan meninggal dunia dipercayai akibat lemas,” katanya.

Katanya, pihaknya sudah mengambil keterangan daripada pemandu van itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kecuaian.

Sumber:Harian Metro

Loading...
Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Kisah Masyarakat

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *