VIRAL Video Seorang Ibu Telah Mengikat Anaknya Di Tiang & Ibunya Telah… KEJAM !!!

| March 21, 2017 | 0 Comments

VIRAL Video Seorang Ibu Telah Mengikat Anaknya Di Tiang & Ibunya Telah… KEJAM !!!| Kebelakangan ini kita sering disajikan dengan berita tentang anak-anak yang menjadi mangsa deraan ibu bapa mereka sendiri. Luluh hati bila mengenangkan nasib malang anak-anak kecil yang tidak berdosa, apatah lagi jika melihat sendiri penderaan itu di depan mata.

Video yang tular di media sosial ini juga sudah cukup membuat sesiapa pun panas hati menyaksikan kelakuan ibu yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Menerusi rakaman berdurasi 30 saat ini, wanita tersebut cuba mengikat anaknya di tiang dengan membelit tangan peha dan lehernya menggunakan seutas tali. Dalam keadaan marah dia turut memijak kepala anaknya tanpa mempedulikan budak lelaki tersebut yang merayu, “Tak boleh nafas, tak boleh nafas.”

Menurut sumber, kejadian berlaku di sebuah pasar Park Kret di Nonthaburi, Thailand. Netizen yang melihat rakaman ini mempersoalkan orang yang lalu lalang di kawasan tersebut tanpa cuba untuk meleraikannya. Dunia semakin kejam dengan kewujudan golongan ibu yang langsung tiada perasaan kasih sayang seperti ini. Buat ibu bapa di luar sana, sayangilah anak-anak kerana merekalah harta kita di dunia dan di akhirat-KakiShare

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , ,

Category: Kisah Masyarakat

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *