Seorang Anggota Polis Dilihat Di Tepi Jalan. Apa Yang Polis Itu Buat Benar2 Membuatkan Anda Terharu !!!

| March 17, 2017 | 0 Comments

Seorang Anggota Polis Dilihat Di Tepi Jalan. Apa Yang Polis Itu Buat Benar2 Membuatkan Anda Terharu !!!| Umum mengetahui sebagai anggota polis akan berkhidmat untuk menjaga keselamatan orang awam. Tindakan seorang anggota polis trafik berjaya dirakam seorang individu bernama Ling Sia King. Dalam video tersebut, anggota polis trafik itu dilihat mengangkat dahan pokok yang patah lalu menghalang sebahagian jalan. Anggota polis tersebut mengalihkan dahan itu ke bahu jalan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Video tersebut mula menjadi viral sejak beberapa hari yang lepas. Video tersebut telah dikongsi hampir 5,000 kali. Rata-rata netizen memuji tindakan anggota polis terbabit. Antara komen-komen netizen ialah ramai anggota PDRM yang berhati mulia, namun terdapat segelintir yang bermasalah mencemar imej PDRM.

“Tu dia..ramai angota PDRM yg berhati mulia macam abang ni..dan ada segelintir saja yg bermasaalah..walaubagaimana pun..Tahniah kepada yg buat kerja mulia ni..kepada pegawai..saya cadangkan anggota yang macam ni perlu di naikkan pangkat ..dan tak akan ada salahguna kuasa jika di beri amanah.” kata Zulkefli

Azrie Vsixers pula menambah “Masya Allah…mulia sungguh niat & usaha abg POLIS TRAFIK kita nie tlg alihkan dahan pokok tumbang. Moga Allah permudahkan segala urusannya serta dimurahkan rezeki pd beliau sekeluarga…Aaminn” Lokasi atau identiti anggota polis trafik tersebut tidak dapat dipastikan.

Sumber: KakiShare

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Kisah Masyarakat

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *