Loading...

Guru Wanita Bantu Balut Meja, Tapi 5 Orang Pelajar NAKAL Ambil Kesempatan Merakam… !!!

| March 16, 2017 | 0 Comments

Guru Wanita Bantu Balut Meja, Tapi 5 Orang Pelajar NAKAL Ambil Kesempatan Merakam… !!!| Siakapkell – Polis mengenal pasti lima pelajar tingkatan tiga di sekolah menengah di ibu negara yang bertindak merakam dan menyebarkan video bahagian dalam kain baju kurung seorang guru wanita, Isnin lepas.Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Sukri Kaman berkata video itu dirakam menggunakan telefon bimbit pada 8.30 pagi ketika guru bahasa Inggeris berkenaan sedang membalut meja pelajar di dalam kelas.


Sekadar Gambar Hiasan.

RAKAMAN KAIN DALAM GURU TULAR

“Rakaman video berdurasi tujuh saat itu tular dalam kalangan pelajar tingkatan tiga di sekolah tersebut dan guru itu hanya mengetahui perkara tersebut setelah dimaklumkan oleh guru displin yang membuat pemeriksaan Rabu lepas,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Susulan itu, Mohd Sukri berkata guru berkenaan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam. Beliau berkata setakat ini, polis telah merakam percakapan dua pelajar tingkatan tiga sekolah itu yang dipercayai menyaksikan kejadian bagi membantu siasatan. Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mengaibkan kehormatan seseorang dan berkelakuan tidak senonoh. — Bernama

Loading...

Sumber: Mstar Via EncikPenyu

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Budak Sekolah, Kisah Masyarakat

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *