Akibat Cuba Bergambar Aksi “Posing Maut” Di Cerun Bukit, Seorang Lelaki Telah Menerima Padah Apabila.. !!!

| March 21, 2017 | 0 Comments

Akibat Cuba Bergambar Aksi “Posing Maut” Di Cerun Bukit, Seorang Lelaki Telah Menerima Padah Apabila.. !!!| Malang tak berbau, itulah nasib yang menimpa seorang pendaki yang tiba-tiba terjatuh ke dalam gaung ketika sedang melakukan aksi “posing maut” di tepi tebing cerun bukit. Lelaki yang dipercayai warga China itu pada mulanya hanya ingin bergambar berlatar belakangkan panorama indah di atas bukit tersebut.

Namun tindakan beraninya dengan melompat-lompat di atas sebuah batu besar yang berada di tepi cerun bukit akhirnya mengundang padah. Ketika rakan-rakannya sedang mengambil gambar dan merakam video aksi beraninya itu, secara tiba-tiba lelaki tersebut tergelincir dari atas batu dan terus terjatuh ke bawah gaung yang tidak dapat dipastikan ketinggiannya.

Sehingga kini, status mangsa masih belum dapat dipastikan sama ada masih hidup atau sebaliknya. Sehubungan itu, rakyat Malaysia terutamanya para pendaki, penggemar aktiviti lasak serta BBNU (Budak Baru Nak Up) dinasihatkan supaya berhati-hati ketika bergambar di tempat berisiko tinggi. Janganlah hanya kerana ingin mendapatkan perhatian di media sosial untuk “secebis LIKE”, anda sanggup mengadai nyawa dengan melakukan aksi berbahaya.-KakiShare

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Masyarakat

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *