Loading...

Pakai Tudung Perlu Tutup Dagu Ke Tak?Ust Azhar Idrus Memberi Pandangan Bahawa…

| February 21, 2017 | 0 Comments

Pakai Tudung Perlu Tutup Dagu Ke Tak?Ust Azhar Idrus Memberi Pandangan Bahawa…| Jika diperhatikan ramai wanita yang memakai tudung tidak menutup bahagian bawah dagu dan ada juga yang tidak mengambil kisah tentang perkara tersebut.Menurut beliau dalam satu siri ceramah tiada hadis yang menunjukkan dengan tepat bahagian dagu ini. Yang ada cuma hadis yang menyebut bila perempuan memasuki usia baligh dia wajib menutup bahagian tubuh kecuali muka dan telapak tangan. Memandangkan tidak ada sempadan tentang wajah dengan tepat maka ulamak memberi pandangan berdasarkan sandaran-sandaran.

Ada dua pandangan tentang aurat bawah dagu:

Pandangan pertama, kalau bertentangan muka, maka setakat mana yang nampak itulah bahagian wajah. Bahagian yang tidak nampak adalah aurat. Bawah dagu tak nampak jadi ia adalah aurat.

Pandangan kedua, sekiranya mahu mengetahui bahagian wajah, pakai tudung di bahagian muka dan lihat di mana ia melekat. Ia akan dipakai hingga ke bawah dagu. Maka bahagian dagu yang lebih dan kelihatan itu dimaafkan pada syarak.

Loading...

Tapi yang terbaik menurut Ustaz Azhar ialah keluar dari khilaf yakni bila memakai tudung pakailah sehingga tutup bahagian bawah dagu.

Sumber: http://hanasuva.com/kalau-pakai-tudung-tutup-sekali-bawah-dagu/

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , ,

Category: Kisah Wanita

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *