Loading...

Tak Cari Calon Ketika Belajar. Apa Aku Alami Ketika Kerja Buat Ramai TERKEJUT !!!

| January 29, 2017 | 0 Comments

Tak Cari Calon Ketika Belajar. Apa Aku Alami Ketika Kerja Buat Ramai TERKEJUT !!! | Nama aku Nina. Aku dah 25, alhamdulillah punya kerja stabil, simpanan stabil, transportation ke tempat kerja pun dah ada cuma tinggal rumah sendiri je belum ada lagi dan sedang usaha mencari.

Baiklah. Sejak dari zaman sekolah lagi aku dimomokkan dengan statement,
“Ah, jangan bercinta zaman sekolah, cinta monyet semua tu.”

So, okey. Aku tak bercinta zaman sekolah. Aku 4 beradik dan aku nombor 2. Yg lain semua lelaki so memang aku kena kawal ketat.

Masuk zaman matrik, lecturer pulak cakap,
“Jangan cari lelaki sama2 matrik, nanti kat U lagi banyak. Kat sini laki2 tak matang lagi.”

Loading...

Okey jugak. Aku masih sendiri tolak cinta zaman belajar.

Masuk la aku ke U, sama jugak aku dapat pesanan, “Jangan bercinta zaman U, nanti kat tempat kerja lagi banyak pilihan.”

Aku pun tak kisah, pasal aku memang takde perasaan dan tak minat langsung bab2 cinta ni since dari awal dah buat barrier yg kukuh. Alhamdulillah.

Then lepas habis belajar, aku kerja sementara kat satu kedai makan selama 3 bulan. Then terus dapat panggilan kerja. Alhamdulillah. Gaji okey, benefit okey, cuma yg tak okey ialah bila kau single. Bukanlah aku nak cakap teruk sangat single ni, cuma aku tak tahan kena gangguan kat tempat kerja. Bulan pertama okey lagi, tapi start bulan kedua aku dapat Whatsapp dari officemate aku yg care sangat pasal aku. Dan untuk pengetahuan korg, dia laki orang. Nasib la aku ni jenis sombong, keras batu je. So aku boleh ignore semua tu.

Then lepas tu, officemate lain pulak yg mula Whatsapp aku. Dan disebabkan aku terpaksa liaise dengan dia, maka aku terpaksa layankan jugak. Tapi setakat office hour je la. Habis office hour, phone office aku letak tepi, aku pegang phone utk personal je. Hari2 telefon kejut Subuh. Aku tak angkat pun, tapi jadi annoyed sebab kena hadap muka dia kat office. Oh ye. Dia pun laki orang.

Dalam masa yg sama, muncul pulak sorg lagi duda yg jugak berkenan dengan aku pasal kami sama2 terlibat dalam projek. Siap bawak aku pegi makan naik BMW dia lagi. Siap offer nak hantar amek aku pergi kerja lagi. Aku sabar lagi. Aku tolak baik2 sebab aku malas nak cari pasal dengan orang. Satu hari kereta aku rosak dan kena masuk bengkel dan dia siap offer bagi pinjam kereta die. Aku tolak lagi.

Tiba2, department aku tukar bos baru. Tak tau la apa yg aku ada, bos tu pun suka aku. Laki orang jugak. Kau bayangkan, bila bos suka kau, tak ke teruk satu office mengata. Pilih kasih, kipas bos, perempuan simpanan semua aku kena. Aku diamkan aja. Aku malas nak marah sebab aku tau, aku kenal aku. Aku tak buat salah. Cukup 5 bulan aku kerja, aku betul2 tak tahan. Mana kena hadap cakap orang, mana part mentally abuse apa semua aku hantar surat resign. Bos tu koyak surat resign aku dengan notis 2 bulan tu. Terus aku naik HR, cakap aku nak berhenti 24 jam. Bayar penalti pun bayar la. Kawan2 aku suggest suruh report kat HR pasal semua gangguan ni, tapi aku malas nak panjang cerita.

Alhamdulillah. Aku terus dapat kerja malah lagi baik dari tempat sebelum. Tempat di mana work load tak teruk sangat dan paling penting, takde laki pun. Bukanlah nak cakap aku ni hot ke apa ke, cuma aku kesal sikit tengok perangai laki2 orang ni. Kenapa tak boleh setia. Dorg cakap sebab wife dorg sibuk kerja, kurang attention apa semua. Aku pun kerja jugak, aku tau apa para wife rasa. Balik kerja hadap jem, kena masak utk anak laki semua. Kalau kena marah dengan bos, rasa macam nak marah je kat semua. Bawak balik kerja kat rumah sampai takde masa dengan suami.

Mungkin aku tak kawen lagi, so aku takde hak nak cakap semua ni. Tapi aku sebagai perempuan kadang2 kesian jugak tengok situasi rumah tangga sekarang ni. So aku ada a few nasihat la untuk semua yg belum kawen atau dah kawen.

1. Perempuan kalau rasa kerja tu penat and tak mampu nak bahagi masa, tanya pendapat husband, patut kerja atau tak. At least, bila kau kerja, husband kau bising pasal die kurang attention, kau boleh protect diri kau.

2. Cari ilmu agama banyak2. Tak kisah laki ke perempuan. Aku tengok, bebas laki bini bergurau dalam group Whatsapp even sampai tahap lucah pun. Malu la sikit. Bila kau ada agama, malu tu datang seiring. Bila kau ada agama, kau yakin semua benda jadi ada hikmah. Laki ceraikan kau, kau kena buang kerja, kau kena fitnah, laki kawen lain, apa semua la.

3. Cegah zina. Perempuan tutup aurat, laki jaga pandangan. Masa aku kerja dulu, aku nak gelak pun takut. Takut ada hati yg tertarik. Yg seksi tu tak rasa takut pun, aku ni yg takut tengok. Sebab korg tak kena, aku yg kena.

Aku tak salahkan takdir pun semua ni nak jadi kat aku, dan aku tak salahkan siapa2 yg bagi nasihat macam tu, aku belajar dari semua ni. Belajar macam mana nak faham isu rumah tangga. Belajar kenal lelaki. Belajar hargai agama. Aku selalu cakap dengan diri aku, “Kalau aku ni jahat, dah lama aku kikis harta pakcik2 yg minat kat aku tu.”
Dorg banyak duit, tapi hati kosong. Cinta tu takde. Cintakan Allah, cintakan akhirat. Dorg cuma harap, dapat orang baik2 and work on their second marriage. Sick of kan? Ingat aku ni malaikat ke ape nak tarik kau baca Quran, kejut kau tahajud apa semua.

Dan nasihat last akak, nak cari calon, boleh start tengok2 masa tahun akhir pengajian. Risik sikit2, then terus sembang pasal future plan. Kasi 2 tahun utk bina foundation yg kukuh and lepas tu buat perjanjian nak kawen. 2 tahun tu, tak payah la buang masa nak contact hari2 ajak makan apa semua, cukup la tau sikit perkembangan dia, then okey dah. Akak? Takpe, crush akak masih single dan tengah struggle habiskan PhD die, nanti die dah habis, akak terus ajak die nikah. Hari2 akak doa letak nama dia pasal Ustaz cakap, nak doa biar spesifik. Akak yakin, Allah simpan yg terbaik untuk akak.

Okey. Tu je. Allah yuftah ‘alaikum. – Nina. Akak Legal via IIUM

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‎ICELAND !!!
P.S. 3 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 4 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‎ICELAND !!!
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Kisah Wanita

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *